Kerajaan tolak ratifikasi ICERD: Tiada keperluan himpunan bantahan

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengalu-alukan kenyataan Pejabat Perdana Menteri bertarikh 23 November 2018 yang menyatakan bahawa Kerajaan Pakatan Harapan tidak akan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) tetapi akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

Kenyataan ini selari dengan pandangan IKRAM yang bertarikh 30 Oktober 2018 yang berpendirian bahawa kerajaan tiada keperluan untuk meratifikasi ICERD dan keutamaan kerajaan seharusnya kepada usaha mereformasi institusi dan sistem-sistem dalam negara.

Walaupun kerajaan Malaysia bertindak tepat menolak ICERD, namun usaha-usaha untuk mengurangkan sikap prejudis dan diskriminasi serta jurang kemiskinan antara kaum yang berbeza dan dalam kalangan kaum yang sama hendaklah diteruskan di bawah semangat perlembagaan yang sedia ada.

Kerajaan juga hendaklah melaksanakan reformasi institusi dan polisi yang bertujuan untuk menghapuskan diskriminasi dan membina negara yang inklusif agar semua rakyat dapat menyumbang kepada kemakmuran negara sambil meneruskan tindakan afirmatif bagi golongan yang ketinggalan.

Dengan pendirian kerajaan yang jelas tentang ICERD ini, IKRAM berpandangan tidak ada keperluan lagi untuk mana-mana pihak meneruskan perhimpunan 8 Disember yang bertujuan membantah ICERD.

IKRAM menghargai penglibatan semua pihak yang memberi pandangan sama ada daripada parti-parti kerajaan, parti-parti pembangkang mahupun NGO dan tokoh-tokoh individu dalam memberi pandangan ke atas perkara ini secara matang dan rasional. IKRAM menyeru agar semua pihak kembali bertenang sambil mengutamakan keamanan dan kesejahteraan rakyat dan negara.

Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia