Kerajaan China Didesak Hormati Hak Umat Islam Untuk Berpuasa

Pertubuhan IKRAM Malaysia adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam yang berdaftar di Malaysia. Sebagai sebuah pertubuhan Islam, IKRAM sentiasa prihatin dengan isu-isu kemanusiaan yang berlaku di seluruh dunia dan IKRAM juga menggalakkan semua manusia membentuk komuniti yang penyayang serta menghormati antara satu sama lain tanpa mengira agama dan bangsa.

IKRAM memandang berat tindakan melarang kakitangan awam yang beragama Islam di Xinjiang, China untuk menjalani ibadah puasa dan amalan-amalan yang dituntut oleh agama Islam pada bulan Ramadan, seperti yang dilaporkan media.

IKRAM ingin mengingatkan bahawa negara China merupakan sebuah negara yang menjalin hubungan baik dengan hampir kesemua negara Islam di dunia termasuk juga Malaysia. Di Malaysia, umat Islam dan bangsa Cina telah lama hidup dalam keadaan aman dan harmoni tanpa apa-apa halangan dan larangan dalam pengamalan aktiviti keagamaan.

Oleh demikian, IKRAM ingin menyeru kerajaan China agar menghormati rakyat yang beragama Islam di bawah naungannya. Di samping itu, umat Islam perlu dibenarkan untuk berpuasa dan menjalani ibadah-ibadah lain sepanjang bulan Ramadan. Pihak kerajaan China sepatutnya mencontohi pentadbiran baik kerajaan Malaysia yang membenarkan pengamalan kepelbagaian agama di kalangan masyarakat Malaysia.


Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus
Timbalan Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Antarabangsa

 

[English Version]

Media Statement

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

4th July 2014 – 6th Ramadan 1435

Government of China is Urged to Respect Muslims’ Right to Fast

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) is a registered Islamic non-government organisation (NGO) in Malaysia. As an Islamic organisation, IKRAM is always concerned about humanitarian issues and encourages all humanity to create a caring society with mutual respect regardless of creed and race.

IKRAM views with grave concern the recent ban on Muslim public officials in Xinjiang, China from fasting and observing religious activities of the Islamic faith during the month of Ramadan, as reported in the media.

IKRAM would like to remind that China is a country with good relations with almost all Muslim countries in the world including Malaysia. In Malaysia, Muslim and Chinese have been living in peace and harmony for so long without any restrictions on religious activities.

Therefore, IKRAM would like to call upon the Chinese Government to respect Muslims citizens in its territory. Also, Muslims in China should be allowed to perform fasting and other activities of worship during the month of Ramadan. The Chinese Government should emulate the good example of the government in Malaysia which allows multi religious practices to be observed here.

 

Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus
Deputy President
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
Head of International Relations

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia