Keputusan SPM 2021: 55.29% Lulus Semua Mata Pelajaran

Keputusan SPM 2022: 55.29% Lulus Semua Mata Pelajaran | IKRAM

PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Nor Zamani Abdol Hamid berkata, seramai 55.29 peratus daripada keseluruhan 407,097 calon Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2021 lulus sekurang-kurangnya semua mata pelajaran. 

Manakala seramai 9,696 atau 2.54 peratus daripada keseluruhan calon memperoleh keputusan semua A dalam semua  mata pelajaran.

“Gred purata nasional (GPN), iaitu indeks yang digunakan untuk menilai pencapaian calon SPM 2021 di seluruh negara, ialah 4.86 mata.”

Beliau berkata, peratus calon yang layak untuk menerima sijil SPM dengan syarat lulus Bahasa Melayu dan Sejarah adalah sebanyak 88.09 peratus atau 336,630 orang calon.

“Berdasarkan syarat pensijilan SPM yang telah ditetapkan mulai 2013, calon mesti sekurang kurangnya lulus dalam Bahasa Melayu dan Sejarah untuk layak mendapat sijil SPM,” kata Nor Zamani dalam satu sidang media hari ini.

Tambahnya lagi, peratus calon yang layak untuk terima sijil SPM adalah sebanyak 88.09 peratus, bersamaan dengan 336,630 orang calon.

“Selain itu, 1,411 orang calon berkeperluan khas iaitu CBK telah menduduki SPM 2021. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 69.10 peratus CBK layak untuk terima sijil bagi SPM 2021.”

Dalam pada itu, Nor Zamani berkata, calon SPM 2021 merupakan kohort pertama yang menggunakan sistem Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), dengan menggunakan piawaian antarabangsa.

“Antara ciri-ciri KSSM ialah kemahiran lisan dan mendengar bagi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, serta ujian amali sains dalam empat mata pelajaran iaitu Fizik, Kimia, Biologi dan Sains Tambahan,” jelas beliau lagi.

Beliau berkata, pelaporan analisis prestasi mata pelajaran dibahagi kepada tiga kategori – 27 mata pelajaran baharu, 48 mata pelajaran sedia ada yang menggunakan format baharu, dan 20 mata pelajaran sedia ada dengan format sedia ada.

Bagi kategori prestasi mata pelajaran baharu seperti dalam jadual tiga, mata pelajaran Seni Halus 2D, Tarian dan Apresiasi Tari menunjukkan prestasi tertinggi.

“Seterusnya, bagi kategori mata pelajaran sedia ada dengan format baharu dalam jadual empat, mata pelajaran Bahasa Kadazan Dusun menunjukkan prestasi tertinggi.”

Manakala, kategori prestasi mata pelajaran sedia ada dengan format sedia ada dalam Jadual 5, mata pelajaran Turath Dirasat Islamiah menunjukkan prestasi tertinggi.

“Calon SPM 2021, baik calon persekolahan atau persendirian, boleh menyemak keputusan masing bermula 10 pagi ini. Calon sekolah boleh dapat keputusan SPM daripada sekolah masing-masing, manakala slip SPM akan dihantar melalui pos bagi calon persendirian, juga pada hari ini,” kata Nor Zamani.

Di samping itu, calon sekolah dan persendirian boleh menyemak keputusan melalui secara dalam talian di pautan https://myresult.spm.moe.gov my/ mulai 10 pagi (hari ini) sehingga 6 petang pada 24 Jun 2022.

“KPM juga menyediakan sistem secara pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan rumusan keputusan SPM 2021, dengan menaip SPM<jarak>No Kad Pengenalan<jarak>No Angka Giliran SPM 2021 dan hantar ke 15888.”

Dalam pada itu, Nor Zamani berkata, KPM tidak membuat perbandingan dari segi jumlah pelajar mendapat gred A untuk kesemua mata pelajaran, negeri mana yang terbaik kali ini atau perbandingan dari segi sekolah bandar dan luar bandar.

Tambahnya lagi, perkara itu diputuskan berdasarkan faktor kesemua calon dan pengurusan sekolah mengalami tempoh yang sukar sepanjang pandemik Covid-19, di samping pengenalan KSSM buat kali pertama.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia