Keputusan Lembaga Pengampunan: IKRAM Bimbang Rakyat Terima Mesej Salah

Keputusan Lembaga Pengampunan: IKRAM Bimbang Rakyat Terima Mesej Salah

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menghormati keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya memberi pengurangan tempoh hukuman penjara dan denda ke atas bekas Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Razak baru-baru ini selaras dengan peruntukan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.

Namun dalam masa yang sama, IKRAM juga menzahirkan kebimbangan bahawa keputusan Lembaga Pengampunan ini menghantar mesej yang salah kepada rakyat terhadap kesungguhan dan komitmen negara dalam memerangi amalan rasuah, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan penyalahgunaan kuasa oleh pemimpin utama negara ketika itu serta melibatkan jumlah dana yang besar.

IKRAM menggesa agar segala agenda reformasi yang masih lagi tertangguh dalam memastikan tadbir urus dan tatakelola yang baik dapat dilaksanakan dengan sesegera mungkin, termasuklah pemisahan Pejabat Pendakwa Raya Negara daripada Pejabat Peguam Negara, peletakan Pejabat Pendakwa Raya dan SPRM di bawah Parlimen, dan penggubalan Akta Pendanaan Politik.

IKRAM menegaskan komitmennya dalam menentang sebarang bentuk korupsi, penyelewengan dan rasuah, serta menyeru semua pihak untuk bersama-sama terus memerangi jenayah ini tanpa mengira bangsa, pangkat dan kedudukan ke arah membangunkan Malaysia sebagai sebuah Negara Rahmah.

Hj Badlishah Sham Baharin
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia