Keputusan DPN7: Hj Zaid Timbalan, Ustaz Burhanuddin Naib Presiden

Dengan sukacitanya kami ingin memaklumkan bahawa Naib Presiden, Hj Zaid Kamaruddin telah dipilih sebagai Timbalan Presiden IKRAM oleh Dewan Perwakilan Nasional ke-7 (DPN7) bagi Sesi 2014-2018. DPN7 telah bersidang semalam, 20 November 2015.

Pemilihan ini adalah bagi mengisi kekosongan kerana perletakan jawatan Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus bagi melibatkan diri secara aktif dalam Parti Amanah Negara (AMANAH). Ustaz Hasanuddin kini adalah Naib Presiden AMANAH.

Pada masa yang sama DPN7 juga telah melantik Ustaz Hj Burhanuddin Lukman sebagai Naib Presiden yang baru bagi mengisi kekosongan yang telah ditinggalkan oleh Hj Zaid Kamaruddin kerana terpilih ke jawatan Timbalan Presiden.

DPN7 juga telah bersetuju untuk mengesahkan perlantikan Prof Dr Hj Arshad Ahmad dan Hj Azman Ali sebagai Ahli Jawatankuasa Pusat IKRAM yang telah dicadangkan oleh Presiden IKRAM.

Perlantikan dua ahli JKP ini dibuat bagi mengisi kekosongan kerana perletakan jawatan Ustaz Hasanuddin dan Prof Dr Ahmad Termizi Ramli.

DPN adalah badan legislatif IKRAM yang terdiri daripada 111 orang yang dipilih mewakili Umum, Wanita, Ulama dan Negeri.

Moga Allah s.w.t. terus memberi kekuatan kepada Jawatankuasa Pusat IKRAM bagi memacu perubahan masyarakat dan negara.

Hj Nahar Md Nor
Setiausaha Agung
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia