Kepimpinan berwibawa menjayakan wawasan Malaysia

Sempena sambutan bulan merdeka ini dengan tema Malaysia Prihatin, seluruh rakyat meraikannya dengan ketabahan dalam menangani pandemik Covid-19. 

 

Bagi mengisi agenda nasional ke arah mencapai Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, Malaysia perlu kepada kepemimpinan yang berwibawa dalam kerajaan serta pelbagai peringkat.

 

Dalam menjayakan agenda nasional ini, tentunya ia memerlukan petunjuk daripada Allah SWT, terutama dalam mendepani cabaran kepimpinan dalam menyelesaikan kemelut negara.

 

Kepimpinan berwibawa di sini membawa maksud kepemimpinan yang berasaskan nilai dan budaya integriti, kompeten serta berwawasan. Kepimpinan yang mengambil petunjuk rabbani akan diberi rahmat, kekuatan, serta petunjuk dalam membuat sesuatu keputusan. 

 

Ada banyak ciri kepimpinan yang boleh dikongsikan, namun konsep kepimpinan berasaskan nilai dan petunjuk rabbani ada dinyatakan dalam beberapa ayat suci al-Quran.

 

1. Kepimpinan yang menghayati dan membudayakan integriti dan nilai murni

 

Nilai dan budaya integriti perlu ada pada seseorang pemimpin agar melahirkan pengikut atau rakyat yang bersama mendukung nilai dan budaya tersebut. Pemimpin yang taat, takut serta kembali kepada Allah SWT, akan didorong untuk mempunyai pengikut-pengikut yang juga taat serta dapat melaksanakan kebaikan.

 

Ini dapat menghindarkan pemimpin serta pengikutnya jauh daripada sifat-sifat buruk, tidak amanah, bebas daripada salah laku serta rasuah yang dapat menghancurkan sesebuah negara. Petunjuk ini ada dinyatakan bahawa pemimpin ini sebagai imam iaitu ketua ikutan, dalam Surah Al-Anbiyaa’ ayat 73 yang bermaksud:

 

“Dan Kami jadikan mereka ketua-ketua ikutan, yang memimpin (manusia ke jalan yang benar) dengan perintah Kami, dan Kami wahyukan kepada mereka mengerjakan kebaikan, dan mendirikan sembahyang, serta memberi zakat; dan mereka pula sentiasa beribadat kepada Kami.”

 

2. Kepimpinan yang berani menegakkan kebenaran dan keadilan

 

Rahsia kejayaan penuh gemilang yang dirintis Rasulullah SAW dan juga generasi sahabat adalah berdasarkan kepada corak kepemimpinan seorang pemimpin yang sentiasa menegakkan kebenaran termasuk konsep keadilan dan juga kerjasama masyarakat dalam merealisasikan cita-cita dan wawasan negara.

 

Inilah kunci kejayaan sebuah negara berdaulat yang berkait rapat dengan faktor kepemimpinan yang adil dan juga kerjasama erat rakyat yang dipimpin. Konsep perpaduan rakyat juga harus menjadi agenda penting dalam menegakkan kebenaran.

 

Dalam al-Quran, pemimpin juga digelar khalifah kerana sifatnya yang harus menegakkan kebenaran walaupun ianya bercanggahan dengan kepentingan diri sendiri.

 

Ancaman kepada mereka yang mengikut hawa nafsu ialah mereka akan hilang pedoman, keberkatan dan azab yang berat. Mereka dianjurkan untuk tidak menurut hawa nafsu seperti dalam Surah Saad ayat 26 yang bermaksud: 

 

“Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan (hukum syariat) yang benar (yang diwahyukan kepadamu); dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu daripada jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat daripada jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu.”

 

3. Kepimpinan yang kompeten, berilmu pengetahuan dan berwawasan 

 

Kepercayaan rakyat terhadap pemimpin mereka amat berkait dengan pemimpin yang kompeten. Kompeten ini termasuk kecekapan dan kemampuan dari segi ilmu pengetahuan, pengalaman dan berpandangan jauh adalah perlu dalam memastikan pemimpin tersebut kompeten dalam mengemudi negara.

 

Dalam konteks sekarang, ada pemimpin yang tidak takut untuk menggunakan wang bagi mendapatkan kuasa. Pemimpin yang mendapatkan kuasa disebabkan wang dan rasuah tentunya tidak akan kekal lama dan rakyat akan hilang kepercayaan kepada mereka. 

 

Allah SWT telah merakamkan dalam Surah al-Baqarah ayat 247 tentang pemilihan Thalut sebagai raja yang kompeten dengan mengurniakannya kekuatan mental dan fizikal (ilmu pengetahuan dan tubuh badan) dan bukannya dengan harta kekayaan. 

 

“Dan Nabi mereka pula berkata kepada mereka: “Bahawasanya Allah telah melantik Thalut menjadi raja bagi kamu. Mereka menjawab: “Bagaimana dia mendapat kuasa memerintah kami sedang kami lebih berhak dengan kuasa pemerintahan itu daripadanya, dan ia pula tidak diberi keluasan harta kekayaan?” Nabi mereka berkata: “Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Thalut) menjadi raja kamu, dan telah mengurniakannya kelebihan dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan.” Dan (ingatlah), Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah Maha Luas (rahmat-Nya dan pengurniaan-Nya), lagi meliputi ilmu-Nya.”

 

Pemimpin yang terpilih itu juga harus bersungguh-sungguh mengutamakan kepentingan  rakyat, menunjukkan contoh yang baik dan bersikap rendah diri dan mengakui kesalahannya jika ia cuai daripada melaksanakan tanggungjawab.  

 

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Pemimpin yang menguasai urusan kaum Muslimin, tetapi tidak bersungguh-sungguh memerhatikan kepentingan mereka, tidak nasihat menasihati demi kebaikan dan kesejahteraan mereka, kelak dia tidak dapat masuk syurga bersama-sama mereka.” (Hadis Riwayat Muslim) 

 

Semoga para pemimpin di Malaysia ini dapat membudayakan integriti dan nilai murni, berani menegakkan kebenaran serta kompeten, yang dapat mendepani segala cabaran dan memacu Malaysia menjadi negara yang rahmah, makmur dan maju! Malaysia Prihatin. 

 

Selamat menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia. 

 

Profesor Dr Hanim Salleh
Ahli Jawatankuasa Pusat
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia