Kepelbagaian bahasa tonjol warna-warni Malaysia

Dengan tema “Mempromosikan Keterangkuman dan Pendidikan Bahasa Ibunda”, sambutan ini telah disempurnakan pelancarannya oleh Timbalan Menteri Pendidikan, YB Puan Teo Nie Ching.

Dalam ucapannya, beliau menyatakan sokongan penuh Kementerian Pendidikan Malaysia terhadap program seumpama itu yang bertujuan meningkatkan perpaduan rakyat Malaysia dengan pelbagai agama, bangsa, kaum, bahasa, etnik dan budaya.

Beliau juga mengesyorkan agar program seperti ini tidak dihadkan kepada sesuatu tempat dan agensi tertentu sahaja, sebaliknya harus melibatkan pelbagai agensi dan pertubuhan bukan kerajaan.

Majlis diserikan dengan tayangan montaj dan deklarasi, persembahan sajak dan tarian Orang Asal, dan Forum Belia bertajuk “Kepelbagaian Bahasa: Menyatukan atau Memecahkan?” serta penyampaian hadiah pertandingan mencipta logo sambutan.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Prof Datuk Dr Mohamed Hatta Shaharom dan Pengarah Sambutan, Puan Usharani Sarkunavalu serta wakil-wakil penganjur daripada LLG Development Centre, Tamil Foundation, IKRAM dan Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS) serta NGO rakan-rakan kerjasama dan strategik.

Karnival menyatupadukan pelajar pelbagai bangsa

Sebelumnya pada 17 Februari, pihak penganjur turut mengadakan Karnival Sambutan Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa 2019 di tempat yang sama dengan menampilkan pelbagai persembahan dan pertandingan mengikut bangsa, bahasa dan tradisi masing-masing.

“Karnival hari ini bukan sahaja untuk pertandingan kolaj dan permainan tradisional antara kaum bahkan pihak penganjur juga telah mengadakan pertandingan melukis bagi pelajar Tahap 1 Sekolah Rendah dan pertandingan menulis esei bagi pelajar Tahap 2 sejak bulan Januari lagi,” kata Usharani di hadapan 700 orang hadirin yang hadir ke karnival berkenaan.

Untuk aktiviti permainan tradisional, para tetamu berpeluang mencuba pelbagai permainan tradisional termasuklah congkak atau bagi masyarakat India dipanggil ‘Palangguli’, Batu Seremban, Simpul Cina, cabaran menggunakan kayu penyepit, membuat thoranam dan kolam daripada kaum India serta Jak Renoi daripada Orang Asal.

Tambah Usharani, mereka berpeluang mencuba pelbagai teknik menulis kaligrafi pelbagai kaum seperti, khat, tulisan jawi serta menulis kaligrafi Cina dan Tamil.

“Kita dapat lihat satu suasana yang jarang-jarang berlaku seperti mereka yang berbangsa Cina mencuba menulis tulisan khat jawi, yang berbangsa Melayu dan Orang Asal cuba membuat thoranam atau kolam yang terkenal dalam kalangan masyarakat India apabila tiba musim perayaan manakala yang berbangsa India pula cuba bermain batu seremban atau menggunakan kayu penyepit,” ujarnya lagi.

Pertandingan seni kolaj turut berlangsung pada sebelah pagi dan aktiviti ini dikendalikan oleh LLG Development Centre.

“Pertandingan ini menerima 80 penyertaan yang mana setiap kaum Melayu, Cina, India dan Orang Asal diwakili oleh 20 orang pelajar dari sekolah-sekolah menengah di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan. Mereka kemudiannya dipecahkan kepada 10 pasukan,” kata wakil LLG, Mei Shya Yap.

Menurutnya, apa yang unik mengenai aktiviti ini adalah setiap kumpulan mempunyai dua orang wakil daripada setiap kaum dan setiap daripada mereka berpeluang berkomunikasi sesama mereka dalam bahasa yang mereka selesa gunakan serta berkongsi maklumat mengenai adat dan budaya kaum masing-masing untuk menyiapkan karya kolaj mereka.

“Selain itu, para peserta juga perlu menerangkan maksud simbol atau lukisan yang terdapat dalam karya kolaj mereka kepada pihak juri dan daripada situ, kita dapat saksikan, hampir keseluruhan kumpulan mempersembahkan hasil karya mereka menggunakan empat bahasa berbeza dan ini pastinya sesuatu yang menarik dan positif dalam usaha untuk menyatupadukan rakyat Malaysia terutamanya sejak di bangku sekolah lagi.”

Turut diadakan persembahan kalam berirama daripada empat buah sekolah yang masing-masingnya mewakili bangsa Melayu, Cina, India dan Orang Asal.

“Yang perlu dilihat bukan hanya hasil karya kolaj yang mereka persembahkan tetapi bagaimana para pelajar ini sama-sama berbincang dan memutuskan apa yang hendak dipersembahkan daripada ahli kumpulan mereka yang terdiri daripada pelajar berbilang bangsa di Malaysia,” kata Pengerusi Gabungan Bertindak Malaysia (GBM), Hj Zaid Bin Kamaruddin, dalam ucapan penutup karnival.

Terdapat sekitar 40 orang pelajar sekolah menengah dan 60 orang pelajar sekolah rendah rangkaian IKRAM MUSLEH telah hadir ke karnival tersebut.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia