Kenyatan Media Solidariti Wanita Bersama Mesir & Syria

Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia bersama pertubuhan-pertubuhan yang tersenarai di bawah percaya bahawa kebenaran, keadilan dan keamanan adalah isu sejagat. Ia melampaui batasan agama, geografi, warna kulit, bahasa, pegangan politik. Malapetaka kemanusiaan  yang berlaku di Syria dan yang terbaru di Mesir telah mengakibatkan kesengsaraan yang bukan sedikit kepada seluruh warganegaranya. Wanita dan kanak-kanak adalah antara mangsa yang banyak terkesan bila berlakunya konflik dan ketegangan.

Tidak dapat dibayangkan kesusahan yang ditanggung oleh rakyat Syria apabila pemimpin yang patut melindungi mereka bertukar menjadi rejim ganas yang sanggup membunuh lebih 120,000 rakyat  dalam tempoh hanya 2 tahun ini dan jutaan lain  melarat di bumi sendiri. Malah Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendedahkan, angka pelarian Syria yang berlindung di Turki, Lubnan, Jordan dan Iraq kini mencecah 2 juta. Terbaru rejim Basyar Asad membunuh tanpa belas kasihan dengan senjata kimia rakyatnya sendiri sehingga meragut 1,429 nyawa termasuk sekurang-kurangnya 426 kanak-kanak. Campurtangan negara luar seperti Amerika dibimbangi memburukkan lagi keadaan yang sudah tidak tertanggung oleh rakyat Syria.

Wanita IKRAM juga merasakan keperitan dan kesedihan yang ditanggung oleh Wanita Mesir bila suami dan anak-anak mereka  dibunuh kerana menuntut kebenaran dan kedaulatan undang-undang ditegakkan; menuntut Presiden yang mereka pilih dengan sah dikembalikan. Kita juga mengutuk sekeras-kerasnya kezaliman kudeta tentera yang mengakibatkan anak-anak kehilangan ayah tempat bergantung hidup akibat  di tembak atau pun diseret ke penjara yang tidak ketahuan bila pembebasannya. Keganasan tentera  dianggarkan  telah mengakibatkan lebih 6000 jiwa terkorban, 25,000 cedera dan 18,500 ditahan. Lebih teruk daripada itu, sebenarnya konflik dan peperangan akan meninggalkan kesan psikologi yang amat serius terhadap rakyat yang mengalaminya khususnya wanita dan kanak-kanak.

Pada 10 September 2013, Wanita Mesir bangkit mengadakan  “Demonstrasi untuk Maruah dan Kebebasan bagi Wanita Mesir ” dan menyeru pejuang pembelaan hak-hak wanita untuk bersama mereka menuntut hak mereka yang telah dipijak-pijak oleh rejim kudeta melalui pembunuhan wanita dan gadis remaja, pemenjaraan, tuduhan palsu, dan penghinaan kepada kira-kira 240 wanita dan gadis yang turut serta dalam gerakan prodemokrasi dan anti kudeta.

Jelas apa yang berlaku adalah jauh dari tuntutan gerakan wanita peringkat antarabangsa melalui Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita atau Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination Against Women (CEDAW) telah diluluskan oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa­-Bangsa Bersatu (PBB) pada 18 Disember 1979 dan berkuat kuasa mulai 3 September 1981 yang menginginkan  satu masyarakat dunia yang berjaya menghapuskan sebarang diskriminasi dan keganasan terhadap wanita. Malaysia meratifikasi CEDAW pada 5 Julai 1995.  Apalah lagi yang boleh diharapkan oleh wanita sekiranya pihak yang berkuasa di sesuatu negara sudah tidak lagi menghormati kedaulatan undang-undang dan boleh berbuat sewenang-wenang untuk terus kekal berkuasa.

Wacana ini diharapkan dapat mencapai objektif untuk untuk:

1. Menzahirkan kebersamaan dan solidariti dengan wanita & kanak-kanak yang menjadi mangsa kekejaman dalam tragedi berdarah Mesir dan Syria.

 

2. Meningkatkan kesedaran dan keprihatinan di kalangan wanita Malaysia terhadap kepentingan isu pencerobohan hak rakyat awam di Mesir dan Syria.

3. Menyusun gerakerja bersepadu yang strategik di kalangan NGO wanita untuk menjadi suara yang didengar dan dihormati di kalangan masyarakat.

Kami juga menggesa agar,

1. Warga Malaysia mengambil tahu apa yang dialami oleh orang-orang sekeliling kita hingga ke peringkat dunia. Kerana apa yang berlaku di peringkat antarabangsa akan lambat laun memberi kesan kepada kita.

2. Setiap kita berusaha meningkatkan jatidiri dan identiti kita yang tersendiri. Bagi orang Islam percayalah kita sebenarnya adalah umat yg tinggi sekiranya kita beriman.

3. Ibu bapa bertanggungjawab mendidik anak dan jagaan mereka untuk menjadi warganegara yang kukuh dengan nilai kebenaran dan keadilan sejagat.

4. Pihak berkuasa kerajaan Malaysia dapat menyatakan pendirian tegas membantah kezaliman di Mesir  dan Syria serta memainkan peranan yang proaktif dan konstruktif di peringkat antarabangsa seperti dalam gabungan negara-negara Islam (OIC), negara –negara ASEAN dan sebagainya untuk menghentikan konflik dan keganasan.

5. Semua pihak terus bermurahati menghulurkan bantuan kewangan dan kemanusiaan untuk meringankan penderitaan  mangsa kezaliman dan keganasan.

 

Ustazah Maznah Daud

Ketua Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia

Bersama Menyokong kenyataan ini adalah:

GEMA
IKRAM Siswa
Muslimah Interest Zone and Networking (MIZAN)
Mawaddah

Sumber: Wanita IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia