Kenyataan Media Majlis Pelancaran Gabungan Malaysians for Egypt (M4E)

Krisis di Mesir masih berlarutan. Rejim junta tentera Mesir masih meneruskan tangkapan dari rumah ke rumah terhadap orang ramai temasuk ahli profesional dari pelbagai bidang, antaranya pensyarah, peguam, jurutera, doktor, jurnalis dan juruteknik , para pelajar sekolah dan universiti serta wanita dan remaja perempuan.

Isu yang berlaku di Mesir sekarang ini, sekali imbas menggambarkan apa yang pernah berlaku di zaman 90-an di mana kerajaan Mesir ketika itu memerintah secara diktator dan mengenepikan hak-hak rakyat Mesir. Persengketaan tersebut berlarutan selama bertahun-tahun sehingga mengorbankan ribuan rakyat tetapi dunia seolah-olah mendiamkan diri. Adakah Mesir sekarang bakal menuju ke arah itu semula?

Justeru itu, di Malaysia, sekumpulan NGO telah bersepakat untuk menyatakan sokongan dan solidariti terhadap rakyat Mesir yang menuntut hak mereka di samping memberikan tekanan terhadap kerajaan Malaysia dan masyarakat antarabangsa agar mengambil pendirian berprinsip berasaskan kebenaran, kebebasan dan keadilan.

Sebuah gabungan ditubuhkan bagi menggembleng usaha-usaha di kalangan NGO Malaysia bagi memperjuangkan isu ini. Gabungan ini diberi nama “Gabungan Malaysians 4 Egypt – Gabungan M4E”)

Satu majlis pelancaran M4E akan diadakan pada 5 Oktober 2013, Sabtu, di Hotel Grand Blue Wave , Shah Alam, Selangor pada jam 8 pagi sehingga 1.00 tengahari dan diikuti dengan wacana isu Mesir di sebelah petang pada jam 2 petang sehingga 4 petang.

Antara mereka yang akan menyampaikan pidato ialah tokoh-tokoh seperti Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainal Abidin dan YB Tian Chua. Selain itu, tokoh Sasterawan Negara, Dato’ A. Samad Said akan mendeklamasikan sajak khas sempena majlis pelancaran tersebut.

Wakil-wakil NGO daripada pelbagai latar belakang kaum, agama dan kepercayaan yang berkongsi aspirasi dalam isu Mesir ini juga akan turut sama menyampaikan pidato bagi menyatakan sokongan mereka.

Orang ramai adalah dijemput untuk menghadiri majlis pelancaran ini bagi menyatakan solidariti bersama dengan rakyat Mesir. Pendaftaran boleh dilakukan melalui website: http://www.malaysians4egypt.com

Semua NGO di Malaysia adalah dijemput untuk bersama-sama dalam gabungan ini.

Kembalikan Hak Rakyat Mesir!

Syed Ibrahim Syed Noh
Pengerusi
Jawatankuasa Penaja M4E
(013-368 2067)

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia