Kenyataan Media IKRAMTeens: Isu pergaduhan dan buli dalam kalangan remaja

IKRAMTeens mengucapkan takziah kepada keluarga di atas kematian remaja 15 tahun Sekolah Agama Menengah Rawang (SAMER) di Rawang pada 29 April yang lalu.

Sebagai sebuah institusi yang menguruskan hal ehwal remaja di bawah Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), IKRAMTeens sentiasa mengikuti dan mengambil berat perkembangan semasa isu-isu yang melibatkan remaja di seluruh negara. Terbaru, kes yang melibatkan kematian seorang pelajar akibat pergaduhan dengan rakan sekolah di sebuah sekolah berasrama di Selangor.

IKRAMTeens melahirkan kebimbangan dengan kes yang melibatkan buli, pergaduhan dan adab dengan ibu bapa dan guru di kalangan remaja. Kes-kes ini dilihat semakin membimbangkan dan perlu diberi perhatian dan mendapatkan solusi untuk perkara tersebut. Perkara ini bertentangan dengan kehendak Islam, Allah SWT berfirman:

“Sesungguhnya orang-orang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat.” (al-Hujurat: 10)

IKRAMTeens berkeyakinan bahawa usia remaja adalah usia yang amat kritikal di mana remaja mengalami perubahan menjadi lebih matang dan dewasa. Justeru, golongan remaja perlulah diberi perhatian dan difahami sewajarnya.

Dalam mendepani masalah ini, IKRAMTeens amat yakin dengan membawa golongan remaja ini kepada tarbiah dan didikan secara syumul. Pendekatan ini adalah melalui kepentingan akhlak terhadap ibu bapa, guru, rakan sebaya dan masyarakat secara amnya. Akhlak ini seharusnya wujud atas dasar seorang hamba Allah yang mementingkan kasih sayang sesama manusia yang sangat bertepatan dengan konsep yang dibawa oleh Islam iaitu ‘Rahmatan Lil A’lamin’. Firman Allah SWT:

وَمَآ أَرْسَلْنَاكَ إِلاَّ رَحْمَةً لِّلْعَـلَمِينَ

“Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam.” (al-Anbia’: 107)

Didikan ini boleh diterapkan dalam pengajaran di rumah dan di sekolah atau melibatkan para remaja ini dengan program-program yang bersifat ketuhanan yang membawa mereka ke arah kebaikan.

Justeru, IKRAMTeens sentiasa bersama-sama masyarakat dalam membantu membangunkan sahsiah di kalangan para remaja. Program-program seperti usrah, program motivasi, program kepimpinan dan banyak lagi diyakini dapat membantu dan mempersiapkan para remaja ini ke arah yang lebih baik dan lebih dewasa. Kerjasama semua pihak amat dituntut dalam melaksanakan kerja-kerja pengislahan ini.

Kesimpulannya, IKRAMTeens percaya dengan pendidikan dan pembentukan akhlak yang baik dalam kalangan remaja, dapat membendung gejala buli, pergaduhan serta adab dengan ibu bapa, guru dan masyarakat di kalangan remaja seterusnya melahirkan remaja yang saling hormat dan cinta antara satu sama lain.


Mohd Hafiz Abd Hamid

Pengarah IKRAMTeens Pusat

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia