Kenyataan media IKRAM mengenai Laporan Ketua Audit Negara 2010

Firman Allah swt: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul dan janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui.” (Maksud Surah Al Anfal :27).

Laporan Ketua Audit Negara merupakan semakan kepada amanah yang diserahkan kepada pemerintah, penjawat awam dan mereka yang berurusan dengan mereka. Perkara 106 dan 107 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957 menghendaki Ketua Audit Negara mengaudit penyata kewangan, pengurusan kewangan, aktiviti Kementerian/Jabatan serta pengurusan syarikat Kerajaan Persekutuan dan mengemukakan laporan mengenainya kepada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong untuk mendapat perkenan Baginda supaya laporan tersebut dapat dibentangkan di Parlimen. 

IKRAM begitu prihatin terhadap dapatan-dapatan yang dilaporkan berhubung kelemahan pengurusan kewangan Kementerian/Jabatan, agensi dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan yang berkenaan seperti berlakunya pembaziran dalam perbelanjaan, pembelian harga barangan dan perkhidmatan yang  berganda-ganda lebih  tinggi daripada harga pasaran dan lain-lain bentuk ketirisan kewangan yang saban tahun dilaporkan oleh Ketua Audit Negara. 

IKRAM berpandangan punca utama ketirisan kewangan ialah kurangnya penghayatan terhadap sifat amanah yang dituntut untuk dilaksanakan sepenuhnya. Begitu juga kelemahan-kelemahan yang sama dilaporkan masih berlaku seolah-olah tiada kesedaran dan tindakan proaktif yang bersungguh-sungguh di pihak yang berkenaan bagi mempertingkatkan tahap pengurusan kewangan agar lebih berakauntabiliti, efisien dan efektif.

Salah satu persoalan yang ditimbulkan ialah pembelian 257 buah kereta perisai oleh Kementerian Pertahanan yang didakwa harganya 6 kali ganda lebih mahal daripada harga pasaran di mana Kementerian Pertahanan membayar sebanyak RM7.55 billion atau RM29.4 juta sebuah sedangkan nilai pasaran yang sepatutnya hanyalah RM1.15 billion atau RM4.5 juta sebuah sahaja!!

Ini adalah sebagaimana soalan yang ditimbulkan oleh salah seorang Ahli Parlimen kepada Menteri Pertahanan di sidang Parlimen baru-baru ini. Namun agak menghairankan apabila YB Datuk Seri Zahid Hamidi selaku Menteri Pertahanan mendakwa beliau tidak tahu menahu tentang  hal ini sedangkan beliau sendiri hadir  menyaksikan majlis menandatangani perjanjian urusniaga itu di Ankara, Turki pada bulan Februari 2011 lalu.

Sehubungan itu, IKRAM dengan ini mencadangkan penambahbaikan dan peningkatan kawalan dalaman terhadap urustadbir dan pengurusan kewangan negara ke arah yang lebih baik seperti berikut :-

1. Menghayati dan mengamalkan sifat amanah dalam setiap urusan kewangan  negara dan kerajaan.

2. Mengamalkan sikap telus dan bertanggungjawab dengan menghapuskan sistem pembelian dan pemerolehan secara tertutup sebaliknya mengamalkan sistem pembelian dan pemerolehan secara terbuka.

3. Menghapuskan sistem pembelian dan pemerolehan barangan dan perkhidmatan melalui agen atau orang tengah sebaliknya membuat urusan secara terus dengan pembekal atau pengilang.

4. Mengambilkira pandangan pakar dalam proses pembelian dan pemerolehan barangan dan perkhidmatan yang khusus seperti peralatan kejuruteraan tinggi (“high precision engineering”),  peralatan perubatan, robotik dan sebagainya bagi mengelakkan pembaziran melalui pembelian yang tidak perlu.

5. Mengambil tindakan untuk melaporkan atau merujuk kes-kes penyelewengan kuasa dan kelemahan-kelemahan yang ketara dalam urustadbir dan pengurusan kewangan yang melibatkan kerugian kewangan seperti mana yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau pihak polis untuk membolehkan siasatan dijalankan.

6. Memperkasakan SPRM sebagai satu badan yang bebas dengan memperuntukkan kuasa pendakwaan turut diberikan kepada  mereka dan bukan hanya kepada Pejabat Peguam Negara.

7. Mempertingkatkan kemampuan anggota penyiasatan yakni SPRM dan pihak polis di dalam menjalankan siasatan berhubung salah laku pengurusan kewangan dengan menguasai teknik-teknik terbaru seperti “forensic auditing” atau “forensic accounting”.

8. Memperkenalkan polisi “whistle-blowing” dan menggalakkan samada anggota pekerja sektor awam atau swasta maju ke hadapan melaporkan kepincangan dan penyelewengan dalam urusan kewangan yang berlaku kepada pihak berkuasa di mana mereka ini dilindungi oleh satu undang-undang khas serta diberikan ganjaran yang setimpal hasil daripada maklumat  yang diberikan.

IKRAM percaya dengan sifat amanah yang diterapkan dan langkah-langkah penambahbaikan yang dicadangkan di atas diharapkan kelemahan-kelemahan yang sama yang  saban tahun dilaporkan oleh Ketua Audit Negara di dalam laporan tahunannya  akan dapat diminimumkan seterusnya menyumbang ke arah urustadbir kewangan negara yang lebih berakauntabiliti, efisien dan efektif.


Hj Syed Ibrahim Syed Noh

Pengerusi Jawatankuasa Masyarakat Madani

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)


Kenyataan Media
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
4 November 2011 bersamaan 8 Zulhijjah 1432
NEGARA MEMERLUKAN URUSTADBIR KEWANGAN YANG BERAKAUNTABILITI, EFISIEN DAN EFEKTIF
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengambil perhatian terhadap Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan baru-baru ini terutamanya yang menyentuh soal amanah. Pemimpin seharusnya memelihara amanah atau kepercayaan yang diberikan kepada mereka.
Firman Allah swt “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul dan janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui.” (Maksud Surah Al Anfal :27).
Laporan Ketua Audit Negara merupakan semakan kepada amanah yang diserahkan kepada pemerintah, penjawat awam dan mereka yang berurusan dengan mereka. Perkara 106 dan 107 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957 menghendaki Ketua Audit Negara mengaudit penyata kewangan, pengurusan kewangan, aktiviti Kementerian/Jabatan serta pengurusan syarikat Kerajaan Persekutuan dan mengemukakan laporan mengenainya kepada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong untuk mendapat perkenan Baginda supaya laporan tersebut dapat dibentangkan di Parlimen.
IKRAM begitu prihatin terhadap dapatan-dapatan yang dilaporkan berhubung kelemahan pengurusan kewangan Kementerian/Jabatan, agensi dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan yang berkenaan seperti berlakunya pembaziran dalam perbelanjaan, pembelian harga barangan dan perkhidmatan yang  berganda-ganda lebih  tinggi daripada harga pasaran dan lain-lain bentuk ketirisan kewangan yang saban tahun dilaporkan oleh Ketua Audit Negara.
IKRAM berpandangan punca utama ketirisan kewangan ialah kurangnya penghayatan terhadap sifat amanah yang dituntut untuk dilaksanakan sepenuhnya. Begitu juga kelemahan-kelemahan yang sama dilaporkan masih berlaku seolah-olah tiada kesedaran dan tindakan proaktif yang bersungguh-sungguh di pihak yang berkenaan bagi mempertingkatkan tahap pengurusan kewangan agar lebih berakauntabiliti, efisien dan efektif.
Salah satu persoalan yang ditimbulkan ialah pembelian 257 buah kereta perisai oleh Kementerian Pertahanan yang didakwa harganya 6 kali ganda lebih mahal daripada harga pasaran di mana Kementerian Pertahanan membayar sebanyak RM7.55 billion atau RM29.4 juta sebuah sedangkan nilai pasaran yang sepatutnya hanyalah RM1.15 billion atau RM4.5 juta sebuah sahaja!! Ini adalah sebagaimana soalan yang ditimbulkan oleh salah seorang Ahli Parlimen kepada Menteri Pertahanan di sidang Parlimen baru-baru ini. Namun agak menghairankan apabila YB Datuk Seri Zahid Hamidi selaku Menteri Pertahanan mendakwa beliau tidak tahu menahu tentang  hal ini sedangkan beliau sendiri hadir  menyaksikan majlis menandatangani perjanjian urusniaga itu di Ankara, Turki pada bulan Februari 2011 lalu.
Sehubungan itu, IKRAM dengan ini mencadangkan penambahbaikan dan peningkatan kawalan dalaman terhadap urustadbir dan pengurusan kewangan negara ke arah yang lebih baik seperti berikut :-
1.      Menghayati dan mengamalkan sifat amanah dalam setiap urusan kewangan  negara dan kerajaan
2.      Mengamalkan sikap telus dan bertanggungjawab dengan menghapuskan sistem pembelian dan pemerolehan secara tertutup sebaliknya mengamalkan sistem pembelian dan pemerolehan secara terbuka
3.      Menghapuskan sistem pembelian dan pemerolehan barangan dan perkhidmatan melalui agen atau orang tengah sebaliknya membuat urusan secara terus dengan pembekal atau pengilang
4.      Mengambilkira pandangan pakar dalam proses pembelian dan pemerolehan barangan dan perkhidmatan yang khusus seperti peralatan kejuruteraan tinggi (“high precision engineering”),  peralatan perubatan, robotik dan sebagainya bagi mengelakkan pembaziran melalui pembelian yang tidak perlu
5.      Mengambil tindakan untuk melaporkan atau merujuk kes-kes penyelewengan kuasa dan kelemahan-kelemahan yang ketara dalam urustadbir dan pengurusan kewangan yang melibatkan kerugian kewangan seperti mana yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau pihak polis untuk membolehkan siasatan dijalankan
6.      Memperkasakan SPRM sebagai satu badan yang bebas dengan memperuntukkan kuasa pendakwaan turut diberikan kepada  mereka dan bukan hanya kepada Pejabat Peguam Negara
7.      Mempertingkatkan kemampuan anggota penyiasatan yakni SPRM dan pihak polis di dalam menjalankan siasatan berhubung salah laku pengurusan kewangan dengan menguasai teknik-teknik terbaru seperti “forensic auditing” atau “forensic accounting”.
8.      Memperkenalkan polisi “whistle-blowing” dan menggalakkan samada anggota pekerja sektor awam atau swasta maju ke hadapan melaporkan kepincangan dan penyelewengan dalam urusan kewangan yang berlaku kepada pihak berkuasa di mana mereka ini dilindungi oleh satu undang-undang khas serta diberikan ganjaran yang setimpal hasil daripada maklumat  yang diberikan.
IKRAM percaya dengan sifat amanah yang diterapkan dan langkah-langkah penambahbaikan yang dicadangkan di atas diharapkan kelemahan-kelemahan yang sama yang  saban tahun dilaporkan oleh Ketua Audit Negara di dalam laporan tahunannya  akan dapat diminimumkan seterusnya menyumbang ke arah urustadbir kewangan negara yang lebih berakauntabiliti, efisien dan efektif.
Hj. Syed Ibrahim Syed Noh
Pengerusi Jawatankuasa Masyarakat Madani

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia