Kenyataan akhbar Mega Street Dakwah 2014

Street Dakwah merupakan salah satu usaha pendekatan dakwah yang kreatif terutamanya kepada masyarakat yang belum Islam. Usaha ini sering dijalankan secara berkala oleh badan bukan kerajaan (NGO) dan kebanyakannya menunjukkan respons yang positif.

Pendekatan ini sangat berkesan dan unik untuk golongan belum Islam (non-Muslim) yang jauh terpisah daripada kebenaran Islam disebabkan salah faham serta persepsi negatif terhadap agama Islam. Ia juga boleh membuka ruang interaksi masyarakat Islam dan masyarakat belum Islam untuk mengenali Islam dengan cara mudah dan santai.

Mega Street Dakwah 2014 akan diadakan di seluruh Malaysia pada Sabtu, 20 Disember 2014. Pada kali ini, ia diadakan bersempena perayaan Hari Natal yang diraikan pada 25 Disember setiap tahun, dengan tema ‘Jesus (pbuh) In al-Quran’. Justeru, sasaran utamanya adalah masyarakat belum Islam yang beragama Kristian.

Kami menyasarkan penyertaan sukarelawan seramai 2,000 orang dengan jumlah ‘non-Muslim’ yang ditemui sebanyak 20,000 orang. Satu sesi latihan Street Dakwah akan diadakan pada 14 Disember 2014 (9.00 pagi – 5.00 petang) di Dewan Utama Masjid Jamek Kuala Lumpur untuk melatih sukarelawan sebelum mereka turun ke medan. Bagi negeri-negeri lain, sesi latihan Street Dakwah akan diadakan pada pagi 20 Disember 2014 sebelum Street Dakwah diadakan.

Alhamdulillah, pada tahun ini Mega Street Dakwah ini akan dianjurkan bersama oleh Hidayah Centre Foundation (HCF), Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Multiracial Reverted Muslim (MRM), Salimah Malaysia (SALIMAH) dan Skuad Mubaligh Malaysia.

Kami menyeru umat Islam di Malaysia untuk bersama-sama menyertai Mega Street Dakwah 2014 ini sebagai salah satu usaha dakwah yang merupakan satu tanggungjawab semua umat Islam, selari dengan tuntutan Islam sepertimana yang diperintahkan Allah SWT:

“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.” (Surah Al-Nahl: 125)

Kenyataan akhbar ini dikeluarkan bersama oleh:

1. Hidayah Centre Foundation (HCF)

2. Pertubuhan IKRAM Malaysia

3. Multiracial Reverted Muslim (MRM)

4. Salimah Malaysia

5. Skuad Mubaligh Malaysia

 

Maklumat lanjut tentang Mega Street Dakwah 2014 boleh didapati di:

Pejabat HCF: 03-41089669       FB: Hidayah Centre

Pejabat MRM: 03-41443300     FB: Multiracial Reverted Muslims

 

Pendaftaran Online:

https://www.eventbrite.com/e/mega-street-dakwah-tickets-14625897453

 

Nombor Perhubungan Negeri

No

Negeri

PIC / No Perhubungan

1

Selangor

Firdaus Wong: 017-6479978

Rahmatullah: 018-354 0297

2

Kuala Lumpur

Yusuf Ahmad: 010-9836115

Kuan Beng:014-3292832

3

Perlis

Azrul Nizah:010-4045104

4

Kedah

Ust Suhaimi:012-4061444

5

Pulau Pinang

Yusni: 019-5266677

6

Perak

Prof Muhd Fadhil: 013-3641734

7

Kelantan

Mohd Rose:019-9823731

8

Terengganu

Datin Norhana: 012-9018888

9

Pahang

Zuraidi: 012-3800334

10

Negeri Sembilan

Umry: 017-69662777

11

Melaka

Cikgu Rashid: 012-9915479

12

Johor

Zulkifli Khair: 016-739 3093

13

Sabah

Joannes Lukas:016-4146230

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia