Kenaikan Inflasi: Rakyat Mahu Solusi, Bukan Retorik

Inflasi merupakan suatu istilah yang menggambarkan kedudukan ekonomi semasa. Menurut Kamus Online Cambridge, inflasi membawa maksud peningkatan harga yang berterusan secara umum.

Kadar inflasi pula membawa maksud ukuran bagi kadar peningkatan harga dalam bentuk peratusan. Semakin tinggi kadar inflasi, maka semakin meningkat pula kos perbelanjaan.

Misalnya, apabila kadar inflasi meningkat sebanyak 2.5 peratus, ini bermakna perbelanjaan kos sara hidup juga mengalami peningkatan sebanyak 2.5 peratus. Kesannya, harga akan mengalami kenaikan.

Sememangnya kita harus akui bahawa dunia pada hari ini terkesan dengan kadar inflasi yang kian meningkat. Hal ini telah memberi tekanan kepada hidup rakyat marhaen yang berstatus B40 yang purata pendapatannya pada kadar RM4,000 ke bawah. 

Keadaan inflasi yang terjadi akan mengakibatkan kuasa membeli menjadi semakin menurun dan lemah. Dengan kenaikan harga barang yang kian meninggi, adalah mustahil untuk rakyat mempunyai kuasa beli yang sama seperti sebelum ini.

Menginsafi akan keadaan gawat ini, sudah tentu menjadi harapan rakyat marhaen terutamanya golongan B40 mendambakan sebarang usaha dan tindakan yang sewajarnya oleh pihak kerajaan.

Sekiranya keadaan ini semakin runsing dan memenatkan, tidak hairanlah kita akan dihidangkan lagi dengan laporan berita bunuh diri, bunuh keluarga dan lain-lain akibat hilang kewarasan berhadapan krisis inflasi yang tidak menentu ini.

Atas apa nama jua usaha sekalipun, rakyat mahukan solusi dan penyelesaian bagi mengurangkan kenaikan kos sara hidup. Bukannya sekadar tubuh ini dan tubuh itu, jawatankuasa ini dan itu, namun hasilnya masih kabur dan tidak berpenghujung.

Keceluparan mulut para menteri, juga pegawai tinggi kerajaan, yang menyarankan agar rakyat kurangkan makan telur, menyatakan kenaikan harga barang bukan masalah besar dan kenyataan-kenyataan lain yang kurang cerdik hanya mencurah api di minyak tanah sahaja, membakar dan bukannya memadam.

Apakah setiap kali negara berdepan dengan krisis ekonomi, rakyat juga yang dipersalahkan? Mungkinkah menjadi trend terkini rakyat disaran ikat perut dan kurangkan makan?

Bagai tradisi kerajaan sejak dahulu, apabila sesuatu masalah berlaku, maka disuruhnya rakyat untuk buat itu dan ini. Sedangkan, tatkala ada rakyat yang ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, pak menteri sempat pula berpolitik sana-sini demi memenuhi kehendak dan cita-citanya yang tidak berkesudahan.

Di kala ada rakyat yang kini terpaksa mencatu makanan, pak menteri pula dengan senang hati bercakap kerajaan jamin itu ini di mulut, namun belum tentu dapat dilaksanakan lagi. Lebih menyedihkan, kenyataan demi kenyataan dikeluarkan, mesyuarat demi mesyuarat berlangsung, namun realitinya semakin menekan.

Sekadar bertanya kepada pihak yang bertanggungjawab. Ke mana hilangnya peranan Majlis Pemulihan Ekonomi? Apakah tindakan dan strategi yang diambil oleh Majlis Tindakan Ekonomi? 

Bagaimana pula dengan fungsi yang dimainkan oleh Majlis Kos Sara Hidup? Kesemua ini sudah tentu menelan belanja yang banyak bagi kelangsungan peranan jawatankuasa-jawatankuasa tersebut.

Persoalan besarnya, ke manakah semuanya ini? Adakah sekadar tubuh lalu mengenyangkan poket ahli mesyuarat dengan elaun kehadiran mesyuarat? Ini belum lagi kita meneliti semula tugas dan peranan pak menteri yang bersaiz besar dan menelan belanja yang tinggi.

Umpama menunggu bulan jatuh ke riba, penyelesaian yang diambil setakat ini dengan menubuhkan lagi jawatankuasa khas yang diberi nama JIHAD.

Apa pun nama dan gelaran yang diberikan, penubuhan pelbagai atas apa jua nama sekalipun, bukan ini yang ditunggu dan diharapkan oleh rakyat.

Bukan retorik tubuh itu dan ini, tetapi yang dinantikan ialah perancangan, strategi dan gerak usaha bagi mengurangkan kadar inflasi yang kian menekan ini.

Kita barangkali yang makan gaji setiap bulan, tidak terkesan dengan keadaan semasa. Tetapi adakah kita terfikir apa pula nasib mereka yang tidak berpendapatan tetap, penganggur dan lain-lain?

Boleh jadi di saat dan ketika ini, kita memerlukan pejuang seperti Mat Kilau, Tok Gajah dan lain-lain yang berani menentang British ekoran tekanan ekonomi yang dikenakan kepada penduduk tempatan sewaktu itu.

Kini, kita tidak lagi berdepan dengan penjajah. Namun masalahnya tetap sama, menekan dan ditekan. Rakyat pula yang disuruh ikat perut, kurang makan telur dan bela ayam.

Kita sedar dan percaya, perancangan hari ini tidak akan terus berjaya pada keesokannya. Namun sekurang-kurangnya adalah setitis cahaya yang boleh mengukirkan senyuman di bibir rakyat. Setidak-tidaknya, terpalit setulus keyakinan pada kerajaan dengan nampaknya usaha dan tindakan sedang dilaksanakan.

Kepada semua pemimpin dan kepada kita yang dipimpin, sebarang usaha yang dilaksanakan tidak akan dapat direalisasikan andai kita tidak saling membantu antara satu sama lain. 

Oleh itu, saranan kepada kerajaan, tampillah dengan solusi yang menyakinkan. Usaha harus bergerak selari dengan kelincahan para menteri di arena politik kepartian. Kepada yang dipimpin, sabar dan berilah ruang kepada kerajaan membuktikan kredibiliti mereka bagi membantu rakyat. 

Sesungguhnya kuasa di tangan kita. Meskipun kuasa rakyat lima tahun sekali, jangan disangka sekali tidak akan berbuah berulang kali. Semoga Allah merahmati dan memberkati kita semua.

Muhammad Faidhi Azis

Ketua Rakan Hidayah Perlis 

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia