Kempen i-FIT pupuk gaya hidup sihat

Bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan gaya hidup sihat, memupuk amalan pemakanan sihat serta membudayakan aktiviti fizikal sebagai rutin hidup seharian, pelancaran kempen telah disempurnakan oleh Presiden IKRAM, Dr Hj. Mohd Parid Sheikh Ahmad semalam.

“Tubuh badan adalah penting tetapi emosi juga perlu dibereskan kerana emosi antara sebab keadaan tubuh badan boleh merudum”, kata beliau semasa ucapan perasmian.

Tambahnya, keceriaan juga perlu ada supaya kita dapat menempuhi dunia dengan lebih yakin dan sebagai persiapan untuk tubuh badan kita.

    

Ucapan Hj Nahar, Dr Mohd Parid dan antara kakitangan yang hadir

Kempen ini membuktikan keprihatinan IKRAM terhadap isu kesihatan dan keselamatan serta pengamalan salah satu daripada 10 ciri individu Muslim iaitu mempunyai tubuh badan yang kuat (qawiyyul jism).

Ketika berucap tentang kepentingan menjaga kesihatan, beliau mengambil contoh teladan kekuatan daripada kisah seorang sahabat bernama al-Qa’qa’ ibn Amr at-Tamimi RA.

Menjadi timbalan panglima kepada Khalid Al-Walid RA, al-Qa’qa’ merentas padang pasir bersama 7,000 orang bala tenteranya dalam masa seminggu dan terus menyertai pertempuran setelah sampai di medan peperangan.

“7,000 tentera di bawah pimpinan al-Qa’qa’ merentas dengan unta, kuda, berjalan kaki bersama bekalan-bekalannya, sampai di medan peperangan terus bertempur tanpa berehat. Mereka ini sangat ‘fit’,” jelasnya.

    

Taklimat kesihatan oleh Dr Mohd Afiq Mohd Nor, Setiausaha IKRAM Health dan pemeriksaan kesihatan

Dr Parid turut berharap, dengan menjaga kesihatan, para aktivis IKRAM tetap aktif menjalankan kerja-kerja dakwah meskipun bertambah usia.

“Kalau boleh, dengan menjaga kesihatan, harapnya walaupun kita tua tapi tetap sihat”, tambah beliau.

Majlis pelancaran turut disajikan dengan ucapan Setiausaha Agung IKRAM, Hj Nahar Md Nor, taklimat kempen i-FIT 2017, taklimat dan pemeriksaan kesihatan oleh IKRAM Health.

Sepanjang kempen i-FIT berlangsung, seluruh kakitangan Ibu Pejabat IKRAM akan terlibat dengan aktiviti seperti kelas ‘fitness’, pertandingan ping pong, ceramah dan pemeriksaan kesihatan, derma darah dan gotong-royong.

Hadiah menarik bakal menanti kakitangan yang paling banyak menurunkan berat badan pada sepanjang tempoh kempen kesihatan tersebut berlangsung.

Lagi foto majlis: http://bit.ly/2nyKwWK

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia