Kempen BMF dan kesinambungannya

Kempen ini bertujuan untuk menggalakkan umat Islam membeli barangan keluaran Muslim yang terjamin bukan sahaja halalan, tetapi juga toyyiban, halalan toyyiban, di samping untuk mengukuh dan menaikkan ekonomi umat Islam.

Memakan makanan yang halal adalah satu tuntutan yang wajib dipatuhi berdasarkan perintah Allah yang bermaksud:

“Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.” (Al-Baqarah: 168)

Kalau kita perhatikan, ayat ini bukan ditujukan kepada orang yang beriman sahaja, sebaliknya ia ditujukan kepada semua manusia tanpa mengira sama ada orang beriman atau tidak beriman.

Ini menunjukkan bahawa memilih makanan yang halal dan toyyib itu tanggungjawab semua manusia kerana hanya makanan yang halal dan toyyib sahaja yang benar-benar memberi manfaat kepada diri manusia dalam semua aspek, khususnya dalam menjaga kesihatan dan kesejahteraan diri; fizikal dan spritual.

Dalam sepotong ayat yang lain, Allah berfirman maksudnya:

“Wahai Rasul-rasul, makanlah dari benda-benda yang baik lagi halal dan kerjakanlah amal-amal soleh; sesungguhnya Aku Maha Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.” (Al-Mukminuun: 51)

Walaupun pada zahirnya ayat ini ditujukan kepada para rasul alaihimussolatu wassalam, hakikatnya itulah yang dituntut ke atas para pengikut mereka kerana rasul-rasul semua diutus untuk memimpin umat dan menjadi teladan serta ikutan yang baik.

Mereka diperintahkan supaya makan benda-benda yang baik dan mengerjakan amalan-amalan yang baik atau soleh. Jadi, makanan yang baik membawa kepada amalan yang baik, kedua-duanya tidak boleh dipisahkan.

Maka, amatlah tidak wajar jika kita hanya menekankan kepentingan memilih makanan yang halalan toyyiban tanpa menekankan amalan-amalan baik yang dianjurkan oleh Islam seperti berkasih sayang sesama manusia, hormat menghormati, jujur, berkata benar, menjauhi rasuah, salah guna kuasa dan lain-lain.

Cuba kita renung ayat yang berikut:

“Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya)….” (Al-Maaidah: 42) 

Allah mencela Bani Israel kerana dua ciri yang ada pada mereka iaitu mendengar berita dusta dan memakan benda yang haram.

Oleh itu, selari dengan kempen BMF, mari kita rancakkan juga kempen amal soleh, kempen jauhi penyebaran fitnah dan berita-berita dusta yang sangat berleluasa dalam masyarakat, kempen menjaga lidah daripada mencela dan memaki orang-orang yang dilihat tidak sehaluan dan tidak sependapat dengan kita, serta kempen menghormati orang tua dan mengasihi orang muda.

Mudah-mudahan kita semua akan terpelihara daripada azab Allah sebagaimana yang ditimpakan ke atas Bani Israel yang tidak takut berdusta dan tidak menjauhi makanan yang haram.

Ustazah Maznah binti Daud
Ahli DPN IKRAM

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia