Kementerian Diarah Jimat Belanja Mengurus Minimum 5%

SERI KEMBANGAN – Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan (MOF), Datuk Seri Asri Hamidon berkata, program dan aktiviti yang dirancang perlu disusun semula dengan sasaran sekurang-kurangnya lima peratus penjimatan daripada baki peruntukan mengurus tahun ini.

“Pastikan tidak membuat trade-off ke atas program dan aktiviti yang memfokuskan kepada kesejahteraan rakyat,” katanya dalam menerusi laporan sembilan muka surat Garis Panduan Penjimatan Perbelanjaan Awam yang dikeluarkan pada Jumaat.

Berikutan itu, semua kementerian, jabatan, agensi, badan berkanun dan syarikat jaminan kerajaan (CLBG) diarah melakukan penjimatan dengan menguruskan aliran tunai mengikut keutamaan, berkuat kuasa serta-merta.

“Ketidaktentuan ekonomi global serta ketegangan geopolitik antarabangsa telah mengakibatkan tekanan inflasi tinggi ditambah dengan harga komoditi global dan makanan yang telah meningkat secara mendadak.”

Menurutnya, perkembangan ini menjejaskan pemulihan ekonomi serta kesejahteraan rakyat dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup.

“Pelaksanaan subsidi barangan perlu serta kawalan harga diambil kerajaan bagi mengurangkan impak inflasi dunia kepada negara dan rakyat,” ujarnya.

Asri berkata, peningkatan subsidi sedia ada terutamanya produk petroleum dan minyak masak serta subsidi baharu seperti elektrik dan ayam telah menyumbang kepada peningkatan perbelanjaan kerajaan.

“Pelaksanaan satu-satu fungsi kementerian jabatan dan agensi juga perlu dilakukan secara kreatif dan inovatif agar dapat mencapai tahap produktiviti tertinggi berdasarkan sumber manusia sedia ada,” katanya.

Tambahnya, laporan itu turut menekankan agar pengurusan perjawatan dilaksanakan dengan mengambil kira keutamaan untuk mengoptimumkan perbelanjaan kerajaan.

Menurutnya, pewujudan jawatan baharu adalah tidak dibenarkan kecuali melalui kaedah tukar ganti dan pindah butiran serta tiada implikasi kewangan tambahan.

“Pewujudan jawatan baharu bagi jawatan kritikal yang terlibat secara langsung dalam bidang pendidikan, kesihatan, keselamatan, penguatkuasaan dan kutipan hasil negara perlu dilaksanakan dengan kawalan ketat serta perbelanjaan bagi kerja lebih masa hendaklah dikawal.”

Dalam pada itu, ketua jabatan, agensi dan pegawai yang mengarahkan kerja lebih masa hendaklah berpuas hati bahawa ia benar-benar penting untuk disiapkan atau dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan.

“Arahan kerja lebih masa hendaklah dikeluarkan secara bertulis sebelum sesuatu tempoh kerja lebih masa dimulakan,” jelasnya.

Beliau berkata, pertukaran pegawai ke luar stesen turut ditangguhkan kecuali dalam keadaan tertentu yang penting dan mendesak atas kepentingan perkhidmatan.

“Selain itu, bagi perjalanan tugas rasmi ke luar negara, ia hanya dibenarkan sekiranya mesyuarat, persidangan atau rundingan berjadual itu telah diluluskan dalam belanjawan tahunan yang memberi impak signifikan kepada kepentingan negara.”

Perbendaharaan turut mengehadkan bilangan pegawai yang menyertai tugas rasmi ke luar negara kepada dua orang bagi negara mempunyai pejabat perwakilan Malaysia dan tiga orang bagi negara yang tidak mempunyai pejabat perwakilan.

“Bilangan tersebut termasuklah wakil pejabat menteri atau timbalannya yang mengiringi ketua delegasi,” katanya.

Bagi mengawal perbelanjaan pembangunan, projek-projek yang belum dimulakan proses perolehan atau diiklankan hendaklah dikaji semula keutamaannya agar langkah pemulihan seiring dengan pertumbuhan ekonomi yang dijangka pada tahun ini tidak terjejas.

“Namun kementerian, jabatan dan badan-badan berkanun Persekutuan hendaklah meneruskan proses praperolehan yang tiada implikasi kewangan seperti perancangan, membuat reka bentuk, kebenaran merancang, menyelesaikan urusan berkaitan tanah atau tapak projek dan sebagainya,” katanya dengan menambah, bagi projek bukan keutamaan yang telah dikenal pasti, hendaklah ditangguhkan kecuali mempunyai impak segera kepada kesejahteraan rakyat.

Ujarnya, setiap projek yang dalam proses pelaksanaan perlu dipantau rapi supaya dapat disiapkan dalam tempoh ditetapkan dan sebarang arahan perubahan (VO) yang mengakibatkan pertambahan kos projek hendaklah dielakkan.

“Bagaimanapun, sekiranya amat perlu berdasarkan peraturan semasa, VO tersebut perlu ditampung menggunakan penjimatan siling semasa.”

 

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia