Kembalikan Kehebatan Malaysia Di Mata Dunia

Kembalikan Kehebatan Malaysia Di Mata Dunia | IKRAM

Untuk membersihkan sesuatu yang kotor amatlah memakan waktu daripada mengotorkannya semula, demikianlah sesuatu yang boleh ditamsilkan terhadap situasi kepimpinan negara ketika ini.

Walau segalanya memerlukan waktu yang panjang dan lama, ia perlu dilakukan agar negara dapat diselamatkan dan menjadi lebih baik daripada yang sebelumnya.

Setelah Malaysia memiliki Perdana Menteri ke-10 setelah Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), ia seakan-akan menghidupkan kembali suasana negara yang agak ‘terganggu’ dek kerana tiadanya tampuk pimpinan utama Malaysia.

Setiap hari ada sahaja kisah yang ditayangkan oleh media bagi menampakkan bahawa Malaysia kembali bangkit setelah sekian lama menantikan susuk pemimpin yang dinantikan ini.

Tidak kira hujung minggu, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim tetap bekerja bagi memastikan kelangsungan negara kembali stabil, apatah lagi negara baharu saja mendepani pandemik yang merencatkan pelbagai sektor serta kehidupan rakyat.

Sokong dan Doa

Sebagai rakyat, kita seharusnya mendoakan serta menyokong aspirasi yang baik yang dibawakan oleh Perdana Menteri Malaysia ini. Selagi tidak betentangan dengan kehendak Islam dan norma yang sewajarnya, ia haruslah diikuti.

Dengan harapan yang mekar sebagai rakyat, negara ini mampu kembali subur dan makmur serta dikenali seantero, insya-Allah.

Minggu akhir November ini, buat julung kalinya Anwar berucap sempena perhimpunan warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya.

Dalam pertemuan itu, beliau menegaskan proses tatakelola kerajaan pimpinannya tidak boleh lagi berlaku kelulusan perolehan tanpa tender.

“Kerajaan tidak lagi mengizinkan kebocoran, ketirisan dan rasuah terus berleluasa. Soal peraturan, perolehan, soal kelulusan tanpa tender ini semua tidak boleh lagi. Maka untuk peringkat awal ini, saya ingin menyeru, mengajak penjawat awam untuk sama-sama dalam pasukan, mari kita bertekad untuk menyelamatkan negara kita,” tegas Anwar.

Tekad Selamatkan Negara

Tambahnya lagi, hidup rakyat secara umumnya, walaupun tidaklah separah beberapa negara lain, tetapi dalam keadaan yang agak sukar, sebab itu di peringkat awal beberapa hari ini, beliau tidak peduli terhadap segala fitnah.

“Saya tidak berminat menggali masalah kerajaan terdahulu sebaliknya mahu menumpukan soal kerja dan mengangkat martabat hidup rakyat.”

Jelasnya lagi, semua pihak perlu bekerjasama dalam pasukan bertekad menyelamatkan negara.

“Saya harap kita tumpu soal kerja. Yang penting ialah ke depan, apa yang boleh dan patut kita lakukan dalam mempersiapkan diri menghadapi masa depan,” ujarnya jelas.

Anwar yang mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 24 November lepas, turut berkongsi pengalaman sewaktu menerajui Kementerian Kewangan suatu ketika dulu, beliau telah memberi arahan untuk tidak membenarkan ahli keluarga atau rakan terdekat mendapat kepentingan dalam projek berkaitan kerajaan.

Majlis perjumpaan hari ini turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun.

Reformasi Kabinet PM

Dalam pada itu, Pantau Kerajaan Baharu menerusi Astro Awani, Felo Penyelidik ILHAM Centre, Mujibu Abd Muis berkata, karisma Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan pengalaman sebagai menteri kabinet sebelum ini menjadi petunjuk kepada pembentukan kabinet yang kecil seperti yang diumumkan.

“Pengecilan saiz kabinet dilihat akan memberi impak besar kepada penstrukturan pentadbiran awam melibatkan penggabungan.”

Memang jelas kepentingan kepada pembentukan kabinet ini dibentuk dengan segera adalah satu tuntutan memandangkan perdana menteri saja tidak akan mampu mentadbir dan mengurus negara tanpa ada satu pasukan yang lengkap.

Line up kabinet inilah yang akan menentukan jatuh bangun kerajaan yang dipimpin oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim,” ujar Mujibu.

Tumpuan terbesar ketika ini ialah kabinet yang bakal dibentuk Perdana Menteri berkonsepkan perpaduan dan janji pilihan raya.

Sementara itu, penganalisis politik, Prof Wong Chin Huat berkata, tidak semua ahli parlimen mengisi jawatan menteri.

“Ahli parlimen selebihnya (yang tidak menjadi menteri itu) boleh melakukan semak dan imbang. Kalau semua jadi menteri, siapa yang akan kritik kerajaan lagi?” soalnya.

“Maka 25 peratus daripada keseluruhan ahli parlimen saiz yang wajar, iaitu 55 orang termasuk senator,” Prof Chin Huat berkata demikian dalam Agenda Awani pada Isnin.

Merealisasikan Malaysia Yang Lebih Baik

Sebenarnya inilah masanya kita sebagai rakyat mengambil peluang bersama-sama merealisasikan Malaysia yang lebih baik, bersama barisan kerajaan yang dibentuk.

Hapuskan rasuah dan ketirisan yang pelbagai perlulah diutamakan, seterusnya memberikan masa untuk pihak berkuasa mengenakan hukuman yang sewajarnya.

Segala dakyah serta provokasi yang dicetuskan oleh pihak tertentu yang seakan-akan tidak boleh ‘move on’ dengan pilihan Raja-Raja Melayu terhadap pelantikan Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri perlu dibanteras dan diambil tindakan sewajarnya.

Bukan itu sahaja, sesiapa pun yang berusaha mengganggu-gugat ketenteraman negara maka, perlulah dikenakan tindakan keras agar kestabilan dan keharmonian negara terjamin.

Apa yang pasti, kesejahteraan dan keamanan yang dinikmati oleh rakyat negara ini tidak boleh digugat oleh mana-mana pihak.

Rakyat Malaysia perlu bersama-sama menentang penceroboh itu dan melawan musuh-musuh kerana mahu mempertahankan kesejahteraan yang dinikmati.

Tidak ada cara yang lebih berkesan daripada kita menjalani kehidupan seperti biasa seterusnya menunjukkan bahawa apa jua yang cubaan provokasi yang dilakukan tidak mungkin dapat mengganggu-gugat kestabilan negara ini.

Atriza Umar
Pegawai Jabatan Penyiaran dan Multimedia
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia