Kembalikan fitrah lelaki sebagai pelindung

“Ahli panel turut mengupas tentang undang-undang yang melibatkan salahlaku terhadap wanita serta undang-undang hak asasi yang telah diluluskan baik di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa,” kata wakil Wanita IKRAM yang menjadi peserta seminar, Nik Khatijah Nik Mud.

Berlangsung di Auditorium JAKIM di sini, seminar telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), YB Hajah Fuziah Salleh manakala Rektor UIAM merangkap Pengerusi PISWI, Prof. Dato’ Sri Dr. Zaleha Kamarudin menyampaikan ucaptama yang bertajuk “Wanita Islam: Selembut Sutera Seteguh Besi”.

Jelas Nik Khatijah, wacana ini bersetuju untuk memperkasakan wanita dan peranan kaum lelaki sebagai pembimbing dan pelindung amat penting.

“Usaha untuk mengembalikan kaum lelaki kepada fitrah di mana kaum lelaki mampu berperanan dan memikul tanggungjawab sebagaimana yang ditetapkan oleh syarak perlu diberi perhatian dan penekanan yang lebih serius.”

Ujarnya, segala ini bermula di peringkat pembuat dasar mahupun agensi kerajaan, badan berkanun dan bukan berkanun demi membina institusi keluarga dan masyarakat yang harmoni dan sejahtera.

Dalam pada itu, wacana yang dikendalikan oleh Datin Norliah Sajuri bersama panel-panel jemputan yang hebat iaitu Dr. Wan Fariza Alyati Wan Zakaria (UKM), Prof. Madya Dr. Nik Salida Suhaila Nik Salleh (USIM) dan Prof. Madya Dr. Shamrahayu Abd. Aziz (UIAM) amat menarik dan informatif.

Turut hadir bersama Nik Khatijah mengikuti perkembangan semasa berkaitan wanita dan hak asasi manusia ialah wakil Jawatankuasa Pemantapan Kesejahteraan Ahli (PeKA), Pn Hjh Zaiton Ismail.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia