Kematian Syeikh Syed Jalaluddin Umari: IKRAM Ucap Takziah

Kematian Syeikh Syed Jalaluddin Umari: IKRAM Ucap Takziah

بسم الله الرحمن الرحيم

يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ ارْجِعِي إِلَى رَبِّكِ رَاضِيَةً مَرْضِيَّةً فَادْخُلِي فِي عِبَادِي وَادْخُلِي جَنَّتِي

“Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! – “Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredai (di sisi Tuhanmu)! Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hamba-Ku yang berbahagia, dan masuklah ke dalam Syurga-Ku!” (Al-Fajr: 27-30)

Dengan rasa dukacita dan reda dengan ketentuan Ilahi, kami daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia merakamkan ucapan takziah sempena kematian Almarhum Syeikh Syed Jalaluddin Umari, Mantan Amir Jamaat Islami India di Kota Delhi semalam, Jumaat, 26 Ogos 2022.

Sumbangan Almarhum amat besar sebagai ulama, pendidik, penulis dan pendakwah serta pembela kepada isu ummah sedunia demi mempertahakan hak dan kebenaran.

Kami mendoakan semoga Allah menerima rohnya dan ditempatkan bersama orang soleh, keluarganya dikurniakan kesabaran yang tinggi serta Jamaat Islami India dianugerahi dengan gantian kepimpinan yang akan mereruskan kegigihannya.

Haji Badlishah Sham Baharin
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia
Kuala Lumpur, Malaysia
27 Ogos 2022

[Versi Bahasa Arab]

بسم الله الرحمن الرحيم
يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ ارْجِعِي إِلَى رَبِّكِ رَاضِيَةً مَرْضِيَّةً فَادْخُلِي فِي عِبَادِي وَادْخُلِي جَنَّتِي (سورة الفجر 27-30)
فقد تلقينا – بالامس الجمعة ٢٦ من أغسطس- نحن في منظمة إكرام ماليزيا بقلوب مفعمة بالرضا بقضاء الله وقدره نبأ وفاة الشيخ العلامةالداعية سيد جلال الدين العمري أمير السابق للجماعة الإسلامية بالهند ونائب رئيس هيئة الأحوال الشخصية لعموم الهند عن  عمر ناهز 88 عاما، وذلك أثناء تلقيه العلاج في مستشفى الشفاء التخصصي بمدينة دلهي الجديد بالهند
وكان الفقيد قد أمضى حياته تعليماً وتدريساً وتصنيفاً ودعوةً، وخدمةً لقضايا الأمة، وعلامة من الأعلام العاملين لنصرة الحق والدين كما كان له دور كبير في الاعمال الخيرية والإنسانية في الهند
فرحمه الله تعالى رحمةً واسعةً، وأسكنه فسيح جناته، وأن يلهم أهله وذويه وللجماعة الإسلامية في الهند جميل الصبر ويحزل لهم الأجر ويعوض المسلمين بفقده خيرا
الحاج بدلي شاه شام بحرين
رئيس منظمة إكرام ماليزيا
كوالالمبور ماليزيا
٢٧ من اغسطس ٢٠٢٢

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia