Covid-19: Kemasukan ke hospital kembali meningkat

SERI KEMBANGAN – Menerusi ciapan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada Isnin, beliau berkata, bahawa kadar kemasukan kes Covid-19 ke hospital semakin meningkat.

 

“Kebanyakan kes membabitkan warga emas dan golongan komorbid mendapat jangkitan daripada ahli keluarga lain yang membawa balik virus SARS-CoV2 ke rumah. Pakai pelitup muka dan elak tempat yang sesak, dapatkan dos penggalak apabila diberi temujanji,” ujarnya.

 

Berdasarkan data Covid Now yang dikemaskini jam 11.59 Ahad, beberapa negeri dan wilayah menunjukkan trend peningkatan tujuh hari bagi kadar kemasukan kes.

 

“Ia membabitkan Labuan yang meningkat sebanyak 200 peratus, Pulau Pinang (28 peratus), Kelantan (12 peratus) dan Pahang (lapan peratus) serta Johor (enam peratus).”

 

Manakala seramai 55,026 pesakit Covid-19 atau 80 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah dan 7,792 orang atau 11.3 peratus ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

 

Justeru, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memperkenalkan Sistem Amaran Berisiko Tinggi bagi mengesan tanda-tanda awal peningkatan kes Covid-19 dalam negara.

 

Khairy berkata, menerusi sistem tersebut KKM mencadangkan beberapa sektor diperketat sekiranya didapati berlaku peningkatan kes namun ia bukan sekatan pergerakan penuh.

 

“Saya akan umumkan perkara itu termasuk perincian dalam situasi bagaimana sistem ini akan diguna pakai. Mungkin dalam masa seminggu atau dua minggu ini saya akan maklumkan.”

 

Menurutnya, beliau mahu elak sekatan pergerakan, sebab sekatan pergerakan ini bukan hanya mengganggu ekonomi tetapi memberi kesan yang lain, kesan kesejahteraan keluarga dan kesihatan mental.

 

“Saya rasa rakyat mungkin tidak boleh menghadapi satu lagi sekatan pergerakan,” katanya.

 

Beliau berkata, setakat ini keadaan sistem kesihatan KKM terkawal namun tanda-tanda awal peningkatan kes Covid-19 sudah ada dan beliau mengingatkan orang awam tidak terlalu selesa terutama di negeri-negeri yang berada dalam Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara.

 

“Kita sangat bimbang kerana sudah nampak tanda-tanda awal (kes jangkitan tinggi), KKM nampak perkara ini dari tahun lepas dan memang berlaku. Sistem kesihatan belum sampai ke tahap lumpuh namun tanda kebimbangan amat jelas,” katanya.

 

Beliau berkata perkara yang dibimbangkan adalah peningkatan kes yang serius sehingga kemasukan ke hospital terutama kes kritikal kategori empat dan lima.

 

Dalam pada itu, sebanyak 24 kes kematian direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Ahad dengan lima daripadanya dicatatkan di Kelantan.

 

Menerusi data yang dikeluarkan, kes kematian itu turut dilaporkan di Johor (empat), Perak dan Kedah (tiga), Sarawak, Sabah serta Terengganu (dua).

 

Masing-masing satu kes kematian di Pulau Pinang, Pahang, Negeri Sembilan dan tiada kes kematian dilaporkan di negeri-negeri lain.

 

Daripada jumlah yang dilaporkan, terdapat enam kes kematian di luar fasiliti kesihatan (BID). Jumlah keseluruhan kes kematian adalah 30,002 dan kes BID pula sebanyak 6,064.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia