Keluarga Malaysia: Kepimpinan perlu menjadi contoh dan berwibawa

Keluarga merujuk kepada ikatan yang berasaskan kepada pertalian darah. Keluarga juga boleh membawa maksud satu ikatan yang berasaskan kepada perkongsian aspirasi matlamat dan nilai dalam pembinaan negara dan masyarakat.

 

Apa yang dimaksudkan oleh Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri ialah yang kedua. Dalam ucapan sempena Pra Pelancaran Keluarga Malaysia pada 8 Oktober 2021, Perdana Menteri menyentuh tentang Keluarga Malaysia yang terdiri daripada pelbagai agama, bangsa, kaum dan usia.

 

Menurut beliau, meskipun berbeza kepercayaan, latar belakang dan budaya, kita meraikan ‘keterangkuman’ (atau inclusivity) dalam perbezaan, menjunjung semangat Malaysia sebagai sebuah negara bangsa.

 

Gagasan Keluarga Malaysia secara prinsipnya adalah satu konsep yang baik. Namun pada masa yang sama, keluarga juga boleh bercerai-berai akibat perebutan harta, tiada lagi persefahaman, mungkir janji, perbezaan pendapat yang tidak boleh dirujuk kembali dan pelbagai faktor lain.

 

Apakah ramuan untuk melahirkan keluarga yang utuh dan kuat?

 

Satu faktor penting ialah kepimpinan keluarga yang berwibawa, berintegriti dan kompeten serta mampu mengurus keluarga dengan baik.

 

Dalam konteks Keluarga Malaysia, ini bermaksud kepimpinan negara perlu menunjukkan contoh yang baik, akhlak yang murni, berjiwa besar, bebas daripada rasuah dan bersungguh-sungguh untuk membina kehidupan yang lebih baik untuk setiap anggota keluarga Malaysia iaitu rakyat.

 

Kita pernah mendengar ungkapan yang berbunyi, “A family that works together stay together.” Keluarga yang kerja bersama akan tetap bersama.

 

Ungkapan ini biasa digunakan untuk menggambarkan keutuhan keluarga berasaskan kerjasama di antara sesama ahli keluarga.

 

Dalam konteks masyarakat majmuk di negara kita, semangat kerjasama, kolaborasi di antara pelbagai etnik, agama dan budaya hendaklah disemai untuk membangunkan dan memajukan negara.

 

Ini bertepatan dengan Tema 2 Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) berhubung “Memperkukuh Keselamatan, Kesejahteraan dan Inklusiviti” yang menyatakan perpaduan dalam kepelbagaian akan diperkukuh untuk mengekalkan masyarakat yang harmoni dan negara yang makmur.

 

Suasana keluarga yang harmoni dan progresif dapat memupuk dan meneguhkan nilai-nilai murni dalam keluarga dan seterusnya menghasilkan kesejahteraan untuk semua.

 

Dalam konteks Malaysia, berlaku adil, saksama dan memberi hak yang sewajarnya kepada semua warganegara adalah kunci untuk mewujudkan negara yang aman dan makmur.

 

Membantu orang yang lemah, membela orang yang tertindas dan memberi suara kepada orang yang tidak boleh bersuara adalah antara langkah yang akan mempamerkan komitmen dan janji kerajaan untuk menjayakan gagasan Keluarga Malaysia.

 

Dengan terbentuk suasana sebegini, nilai kasih sayang sesama ahli Keluarga Malaysia dapat dipupuk manakala keadilan dan kesaksamaan dapat ditegakkan.

 

Kesimpulannya, gagasan Keluarga Malaysia adalah satu konsep yang baik untuk mewujudkan sebuah negara yang makmur, inklusif dan mampan. Namun kita tidak mahu gagasan ini hanya menjadi retorik semata-mata.

 

Sehubungan itu, gagasan ini memerlukan komitmen yang padu dan keikhlasan daripada kerajaan serta rakyat agar tujuan sebenar dapat direalisasikan.

 

Hj Badlishah Sham Baharin
Timbalan Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia