Kelonggaran SOP diputuskan minggu ini

SERI KEMBANGAN – Kelonggaran terhadap individu yang telah lengkap dua dos vaksin Covid-19 akan diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Pemulihan Negara (MPN) minggu ini, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

 

Mesyuarat MPN akan mengambil kira kriteria kelonggaran yang akan diberikan kepada kumpulan tersebut termasuk mempertimbangkan kebenaran merentas daerah.

 

“Ini bagi memastikan penerima lengkap dua dos vaksin Covid-19 tidak terikat dengan keadaan penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) terlalu lama,” ujar beliau.

 

Menurutnya, keputusan tersebut akan turut mengambil kira pembukaan sektor ekonomi, dengan syarat industri bersedia mematuhi SOP dan tidak mempunyai kes Covid-19.

 

“Premis berkenaan boleh dipertimbangkan untuk dibuka lebih awal dalam Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) sekiranya pengusaha menjalankan ujian saringan kepada pekerja sekurang-kurangnya seminggu sekali.”

 

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan kes harian positif Covid-19 merekodkan sebanyak 10,710 kes pada Ahad.

 

Manakala, kes kematian tertinggi direkodkan iaitu sebanyak 153 menjadikan jumlah keseluruhannya 7,019 kes.

 

“Jumlah itu membabitkan 6,317 kes kategori satu manakala 4,162 kes kategori dua iaitu bergejala ringan,” kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

 

Tambahnya lagi, sebanyak 91 kes mengalami radang paru-paru (kategori tiga), 45 kes dikesan mempunyai radang paru-paru dan memerlukan bantuan pernafasan (kategori empat) sementara 95 kes yang lain adalah kritikal (kategori lima).

 

“Selangor kekal negeri tertinggi melaporkan kes harian baharu iaitu 4,828 diikuti Kuala Lumpur (945), Johor (808), Negeri Sembilan (771), Kedah (696) dan Sabah (666).”

 

Perak pula merekodkan 407 kes, Pahang (369), Pulau Pinang (295), Melaka (289), Sarawak (261), Terengganu (123), Putrajaya (51), Labuan (50) dan Perlis (5).

 

“Pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak 916,561 kes,” ujar Dr Noor Hisham.

 

Beliau berkata, sebanyak 124,593 jumlah kes aktif direkodkan di seluruh negara termasuk 909 pesakit berada di unit rawatan rapi (ICU).

 

“Sebanyak 445 kes adalah memerlukan bantuan pernafasan dan sebanyak 5,778 kes sembuh sekali gus menjadikan jumlah kumulatifnya, 784, 949 kes.”

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia