Keganasan terhadap wanita adalah masalah sejagat

Beliau menegaskan bahawa keganasan terhadap wanita adalah satu keadaan yang ditentang oleh mana-mana bangsa dan cara hidup yang bertamadun serta tidak boleh diterima atas alasan apa sekalipun. 

Dalam sidang media Himpunan Penulis Wanita IKRAM Nasiona (PenaWan), beliau mengucapkan tahniah dan menyambut baik kempen 90 hari menangani keganasan terhadap wanita yang dilancarkan oleh YB Datuk Seri Rohani Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 1 Oktober 2015 lalu.

“Kempen ini selaras dengan kempen UNiTE yang diadakan di peringkat masyarakat antarabangsa,” demikian kata beliau.

Dengan tema ‘Orange Your Day’ atau ‘Orenkan Hari Anda’, kempen ini dilancarkan di Putrajaya bagi meningkatkan kesedaran awam terhadap isu yang melanda wanita dan gadis ini.

“Sebagaimana yang kita tahu, 25 November setiap tahun dinobatkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sebagai hari untuk menghentikan keganasan terhadap wanita.”

Menurut beliau, walaupun pelbagai aktiviti dan kempen menangani keganasan terhadap wanita dijalankan oleh pelbagai pihak sejak sekian lama, namun kes-kes keganasan dan kezaliman terhadap wanita ini terus berlaku dan menghantui wanita.

“Dalam tempoh lapan bulan sahaja dari Januari – Ogos 2015, Polis Diraja Malaysia melaporkan sebanyak 3,343 kes keganasan rumah tangga. Daripada jumlah itu, 75% atau 2,528 kes membabitkan golongan wanita. Menariknya, baki 25% terdiri daripada kaum lelaki yang juga turut diganasi.”

Menurut Che Asmah, Wanita IKRAM Malaysia konsisten untuk meneruskan kempen menangani keganasan terhadap wanita. Antara inisiatif yang telah dan sedang Wanita IKRAM lakukan termasuklah bengkel dan aktiviti penulisan, Siri Bengkel Bela Wanita, Kempen ‘Moms Against Pornography’ (Kaum Ibu Menentang Pornografi) dan Bengkel Advokasi.

“Sempena Himpunan PenaWan (Penulis Wanita IKRAM Nasional) 2015, Wanita IKRAM menyeru;

i. Semua anggota masyarakat agar berpegang teguh dengan tatacara hidup beragama yang mengajarkan nilai-nilai kebaikan dan kemuliaan termasuk nilai memartabat dan menempatkan semula wanita ditempatnya yang sebenar.

ii. Pelbagai pihak hendaklah melaksanakan langkah proaktif pencegahan keganasan terhadap wanita, diantaranya dengan memberikan pendidikan dan pendedahan kemahiran holistik kepada seluruh ahli keluarga dan anggota masyarakat merangkumi aspek intelek, pengurusan emosi dan peningkatan spiritual.

iii. Pihak-pihak yang bertanggungjawab hendaklah prihatin dan memastikan supaya mangsa keganasan mendapat pembelaan undang-undang dan setiap pelaku keganasan mestilah dibawa kemuka pengadilan dan dikenakan hukuman setimpal yang dapat menjadi iktibar dan pengajaran. Disamping itu, sistem kehakiman dan penguatkuasaan undang-undang yang lebih mesra wanita mestilah diusahakan bagi menjamin pembelaan dan kesejahteraan mereka.

“Wanita IKRAM berdoa dan berharap semoga dengan usaha-usaha ini, Malaysia dilihat benar-benar menjadi sebuah Negara Rahmah yang melindungi setiap warganya.”

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia