Keganasan bukan cara atasi pencerobohan tanah adat

Serangan dipercayai dimulakan oleh sekumpulan lelaki yang mewakili pihak syarikat perladangan dengan membawa gergaji mesin sehingga memusnahkan tapak sekatan Kaleg.

“Saya menganggap serangan ini dicetuskan oleh syarikat-syarikat perladangan itu sendiri kerana tiada pihak lain yang mempunyai motif untuk melakukannya.”

“Saya amat terkejut dengan serangan secara tiba-tiba ini sedangkan dalam masa yang sama, saya telah menerima surat daripada dua syarikat memohon saya untuk membantu pekerja mereka untuk keluar masuk kawasan yang mereka usahakan bagi tujuan mengutip hasil perladangan,” katanya menerusi kenyataan akhbar.

Sivarasa mempersoalkan ketulusan dua syarikat perladangan iaitu Fleet Precision Sdn Bhd dan KPG Maju Enterprise Sdn Bhd yang telah menghantar surat kepadanya untuk disampaikan kepada penduduk Orang Asli sebelum ini.

“Surat-surat tersebut diserahkan berikutan perjumpaan saya semasa lawatan saya ke Gua Musang pada hari Khamis bersama wakil-wakil syarikat yang telah diberi kebenaran oleh Kerajaan Negeri Kelantan untuk membuka ladang di tanah yang juga dituntut sebagai tanah adat oleh masyarakat Orang Asli di sana.”

“Saya juga telah memaklumkan kepada masyarakat Orang Asli di blockade Kaleg mengenai perkara ini dan mereka memberitahu saya bahawa mereka bersedia untuk mempertimbangkannya.”

“Ketulusan surat-surat ini yang dihantar oleh syarikat-syarikat perladangan Fleet Precision Sdn Bhd dan KPG Maju Enterprise Sdn Bhd jelas kini dipersoalkan melihat apa yang terjadi semalam,” katanya.

Oleh itu, beliau menggesa supaya pihak syarikat mengkaji dan menggunakan proses undang-undang untuk menyelesaikan masalah sekatan keluar masuk ke ladang mereka.

“Justeru, saya menasihatkan semua pihak yang berkepentingan bahawa keganasan bukanlah cara untuk mengatasi masalah percerobohan terhadap tanah adat Orang Asli,” tambahnya.

Walau bagaimanapun, tiada hilangan nyawa atau kecederaan fizikal berlaku akibat serangan tersebut.

Dalam masa yang sama, Pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan, Mustafa Along berkata, kerja-kerja membina semula sekatan yang dirobohkan sedang giat dilaksanakan walaupun menghadapi tekanan daripada pihak syarikat.

Kredit foto: FMT

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia