Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berdusta

Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berdusta | IKRAM

Setiap orang ada hak dan kebebasan untuk bersuara, namun kebebasan itu ada hadnya. 

Umpama seseorang berada di dalam kapal terbang dan menjerit bahawa kapal itu akan terhempas dengan tidak semena-mena, lalu akan menimbulkan panik dan kacau-bilau yang tidak perlu.

Kebebasan bersuara tanpa had mampu menggugat keselamatan dan menimbulkan kekacauan. 

Rakyat negara ini harus menyahut dan menghayati kempen yang pernah dilancarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) iaitu kebebasan bersuara bukan kebebasan berbohong atau berdusta.

Ini merangkumi tuntutan untuk beringat apabila bercakap, berkata yang benar, bijak menilai maklumat, berucap berdasarkan fakta dan memastikan lontaran pandangan tidak menyebarkan kebencian. 

Perdana Menteri (PM), Dato’ Seri Anwar Ibrahim ada menyebut bahawa kritikan terhadap PM dan kerajaan dalam sistem demokrasi dibenarkan dan diizinkan. 

Pendirian ini menggambarkan pentadbiran kerajaan komited untuk berubah ke arah lebih baik dengan bersedia untuk menerima teguran demi penambahbaikan dari masa ke masa.

Ini adalah penanda aras kepada amalan demokrasi yang sihat dan tentunya dialu-alukan oleh rakyat. Peluang bersuara selepas memilih wakil rakyat tidak berhenti selepas mengundi.  

Sekiranya amalan menerima kritikan dapat dianggap sebagai budaya positif dalam gerak kerja segenap pentadbiran kerajaan dan agensi-agensi di bawahnya, tentu ia akan mempercepatkan transformasi negara ke arah kemajuan yang mampan. 

Apabila kelemahan diperbaiki dan kecekapan sentiasa dipertingkatkan melalui semak dan imbang yang lebih baik, negara akan menjadi semakin kukuh dan kuat. 

Manusia apabila tidak ditegur, akan merasakan dirinya betul. Pujian adalah sebagai penghargaan, namun kritikan itu perlu untuk memperbetulkan langkahnya agar tidak tersasar dan terus maju ke hadapan.

Walau bagaimanapun, apa yang membantutkan dan memperlahankan pembangunan negara adalah apabila sesuatu kritikan itu mempunyai unsur untuk menjatuhkan dan memecahbelahkan keutuhan yang sedia ada, apatah lagi apabila ia adalah fitnah.

Ini tidak lagi membina, bahkan mendedahkan negara kepada ancaman dan menggugat kesejahteraan masyarakat.

Nabi Muhammad SAW pernah memberikan amaran terhadap orang yang bercakap tanpa menyelidiki kebenarannya. Daripada Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda: 

“Seorang hamba apabila dia bercakap tentang satu perkataan yang dia sendiri tidak selidiki (akan kebenarannya), maka dia akan tergelincir ke dalam neraka yang jauhnya adalah sejauh arah timur.” (HR Bukhari, 6477)

Bahaya fitnah ini besar kerana selain membangkitkan kemarahan, ia berupaya mencetuskan perasaan dendam dan provokasi yang membawa kepada jenayah. Keharmonian rakyat tergugat dan negara terbuka kepada ancaman dalam dan luar.

Negara ini memerlukan pemulihan agar berkeupayaan untuk melangkah ke hadapan. Ini dapat dilakukan melalui semangat dan misi membina negara bersama-sama melalui kesatuan hati rakyat Malaysia. 

Justeru, menjadi tanggungjawab semua pihak bagi memastikan keamanan serta keselamatan demi kepentingan agama, nusa dan bangsa.

Oleh itu, pentingnya kesatuan, muafakat dan saling kerjasama dalam usaha mengekalkan keamanan, keharmonian dan kesejahteraan negara tercinta.

Basmin Maarof
Pegawai Jabatan Penyiaran dan Multimedia
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Penafian: Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian IKRAM.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia