Kebakaran Paip Gas: Rayuan Bantuan Untuk Mangsa

Kebakaran Paip Gas: Rayuan Bantuan Untuk Mangsa | IKRAM

SERI KEMBANGAN – Kebakaran paip gas dahsyat yang berlaku di Putra Heights semalam menyebabkan kira-kira 405 orang mangsa hilang tempat tinggal setakat ini.

Mangsa yang melibatkan lebih 100 buah keluarga kini berlindung di pusat penempatan sementara (PPS) Masjid Putra Heights dan PPS Dewan Serbaguna MBSB Camelia Seksyen 10 Putra Heights.

Difahamkan, ramai yang hanya sempat menyelamatkan diri dengan pakaian di badan, manakala rumah serta harta benda mereka musnah dan amat memerlukan bantuan segera. Tambahan pula, lebih 100 buah rumah terjejas dan 159 kenderaan juga rosak.

Simpati dengan tragedi itu, Yayasan Ikram Malaysia (yaIKRAM) mengajak para penyumbang untuk bersama-sama membantu menyediakan keperluan pembersihan rumah, membaiki kerosakan rumah, pembelian tilam dan bantal, serta peralatan dapur untuk mangsa-mangsa tersebut.

Bersama kita menyumbang sekarang melalui Yayasan Ikram Malaysia di pautan:
https://app.herepay.org/yayasanikrammalaysia/Bencana

Sumbangan juga boleh dibayar terus ke akaun Yayasan Ikram Malaysia (Maybank 562142404402) dengan rujukan “Bencana”.

Marilah kita bersama-sama berganding bahu membantu mereka yang sedang dalam kesusahan, insya-Allah.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia