Kebakaran Paip Gas: IKRAM dan Institusi Turut Salur Bantuan

Kebakaran Paip Gas: IKRAM dan Institusi Turut Salur Bantuan

SERI KEMBANGAN – Pada pagi 1 April 2025, bersamaan 2 Syawal lalu, satu letupan kuat berlaku di saluran paip gas milik Petronas di Putra Heights, Subang Jaya, menyebabkan kebakaran besar yang memusnahkan banyak harta benda dan mencederakan ramai penduduk.

Letupan tersebut menghasilkan api setinggi 30 meter dengan suhu melebihi 1,000 darjah Celsius, yang dapat dilihat dari beberapa kilometer jauhnya. 

Kebakaran ini mengakibatkan kerosakan teruk pada kawasan perumahan berhampiran. Menurut laporan awal, kerosakan dianggarkan bernilai RM65.4 juta.

Sebanyak 220 daripada 439 kediaman yang dinilai dalam radius kejadian disahkan selamat untuk diduduki, manakala 219 rumah lagi mengalami kerosakan.

Pihak berkuasa tempatan dan agensi berkaitan telah mengambil langkah segera untuk membantu mangsa yang terjejas.

Selain itu, beberapa syarikat korporat turut menyumbang dengan menyediakan kenderaan sementara dan bantuan kewangan kepada mangsa. 

Kejadian ini meninggalkan kesan mendalam kepada penduduk Putra Heights. Ramai yang kehilangan tempat tinggal dan harta benda. Sokongan berterusan daripada pelbagai pihak diharapkan dapat membantu mereka bangkit semula daripada tragedi ini.

Dalam menghadapi detik sukar ini, pelbagai pihak tampil menghulurkan bantuan mencetuskan gelombang solidariti rakyat Malaysia yang tampil membantu mangsa yang kehilangan tempat tinggal dan harta benda.

Antara sukarelawan yang berikan bantuan ialah institusi kemanusiaan IKRAM, MyCARE dan agensi IKRAM Muda Hulu Selangor. Mereka turun menjalankan misi pebersihan di PPS Putra Heights dan kawasan sekitar. 

Walaupun tugasan ini kelihatan kecil di mata sesetengah orang, usaha ini membawa impak besar terhadap keselesaan dan kesejahteraan mangsa yang berlindung di situ.

Terdahulu, bantuan awal telah pun disampaikan oleh IKRAM Subang Jaya dengan kerjasama Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs).

Terlebih dahulu, IKRAM Subang Jaya telah menghantar barangan keperluan seperti susu, kain sarung, baju bayi dan aksesori wanita kepada mangsa yang ditempatkan di PPS Masjid Putra Heights.

Di samping menyalurkan bantuan, institusi kebajikan IKRAM, Yayasan Ikram Malaysia (yaIKRAM) telah melancarkan Tabung Bantuan Mangsa Kebakaran Paip Gas Putra Heights. Tabung ini bertujuan menyediakan keperluan asas seperti pembersihan rumah, baik pulih rumah, pembelian tilam dan bantal, serta peralatan dapur.

Orang ramai diseru untuk turut serta menyumbang agar lebih banyak bantuan dapat disalurkan kepada mereka yang sedang berhadapan dengan dugaan berat ini.

Sumbangan boleh disalurkan melalui:

https://app.herepay.org/yayasanikrammalaysia/Bencana
🏦 Akaun: Yayasan Ikram Malaysia
📌 Maybank: 562142404402
📝 Rujukan: Bencana

Mari kita terus sebarkan kasih sayang dan semangat kebersamaan kerana setiap bantuan, walau sekecil mana pun, mampu mengubah kehidupan seseorang.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia