Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengikuti peristiwa kebakaran asrama Russian National Research Medical University (RNRMU) di Moscow yang turut melibatkan pelajar Malaysia.
IKRAM sangat bersimpati serta mengucapkan takziah kepada pelajar terbabit dan keluarga mereka dan mendoakan agar mereka tabah menghadapi ujian getir ini.
IKRAM menyeru seluruh ahlinya dan rakyat Malaysia agar mendoakan kesejahteraan kepada semua mangsa yang terlibat.
Ustaz Hj Hasanuddin Mohd Yunus
Timbalan Presiden &
Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Antarabangsa
Pertubuhan IKRAM Malaysia