Ke Arah Negara Rahmah yang Mesra Kesihatan Mental Golongan Muda

Golongan Muda dan Kesihatan Mental dalam Dunia yang Berubah
Young People and Mental Health in a Changing World

Ke Arah Negara Rahmah yang Mesra Kesihatan Mental Golongan Muda

Psikospiritual IKRAM atau P.S.I (sebuah unit di bawah Pertubuhan IKRAM Malaysia) mengucapkan selamat menyambut Hari Kesihatan Mental Sedunia (10 Oktober 2018). Tema Hari Kesihatan Mental Sedunia pada tahun ini ialah Golongan Muda dan Kesihatan Mental dalam Dunia yang Berubah (Young People and Mental Health in a Changing World).

Peringkat perkembangan umur golongan muda (remaja dan belia) merupakan fasa di mana seseorang mengalami pelbagai perubahan dari aspek biofizikal, psikologikal (kognisi/fikiran dan emosi/perasaan), sosial dan spiritual terutamanya apabila melibatkan beberapa peralihan kehidupan seperti alam persekolahan, persahabatan, kolej/universiti, percintaan, pekerjaan, perkahwinan dan kekeluargaan.

Perubahan-perubahan ini boleh menyumbang kepada penurunan tahap kesejahteraan fizikal dan mental golongan muda jika ianya tidak diurus dengan baik.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia melaporkan bahawa separuh daripada kes kesihatan mental bermula sejak umur 14 tahun tapi tidak mendapat penilaian, diagnosis dan rawatan yang sewajarnya. Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015 pula menunjukkan seramai 4.2 juta rakyat Malaysia berusia 16 tahun ke atas atau 29.2% populasi negara, berisiko menghidap pelbagai masalah kesihatan mental.

P.S.I menyokong usaha-usaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di bawah menterinya yang juga Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan juga mana-mana pihak dalam memberi kesedaran mengenai kepentingan kesihatan mental, khususnya dalam kalangan golongan muda.

P.S.I percaya kepada pembangunan modal insan yang bersifat holistik merangkumi kesejahteraan biofizikal, psikologi, sosial dan spiritual. Ia dapat dilakukan dengan memastikan pihak-pihak berwajib mengutamakan kesihatan mental golongan muda dengan memberi keutamaan kepada langkah-langkah pencegahan awal yang mengambil kira aspek-aspek spiritual sebelum terjadinya masalah kesihatan mental yang lebih serius.

Ini selaras dengan kajian bahawa kesihatan mental golongan muda boleh memberi manfaat jangka panjang kepada pembangunan masyarakat, ekonomi dan negara secara khususnya, dan golongan muda merupakan aset penting bagi sesebuah negara

Sebagai sebuah unit dalam Pertubuhan IKRAM, P.S.I telah memberikan fokus kepada kesejahteraan psikospiritual golongan muda dalam kalangan ahli-ahli IKRAM dalam bentuk kempen kesedaran, latihan dan runding cara melibatkan agensi dan institusi IKRAM seperti Jawatankuasa Tarbiah, sekolah-sekolah IKRAM MUSLEH, IKRAMTeens, Belia Harmoni (dulunya IKRAM Siswa), IKRAM Muda Antarabangsa – IMAN (dulunya Jawatankuasa Seberang Laut) dan Jawatankuasa Pemantapan Keluarga Ahli (PeKA). 

Antara pelan P.S.I untuk ahli-ahli IKRAM pada masa akan datang ialah melahirkan lebih ramai pakar untuk berkhidmat di pusat-pusat kaunseling PeKA di beberapa negeri, membentuk modul-modul pertolongan cemas kesihatan psikospiritual dan membentuk polisi kesejahteraan psikospiritual dalam organisasi dakwah.

Sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia 2018, Psikospiritual IKRAM (P.S.I) ingin mencadangkan supaya:

Pihak institusi pendidikan (sekolah, kolej dan universiti):

– membantu golongan muda melengkapkan diri dengan ilmu mengenai tanda-tanda awal penyakit mental dan kemahiran kehidupan yang adaptif untuk berhadapan dengan kehidupan yang kian mencabar 

memperbanyakkan kempen untuk mengurangkan stigma terhadap penyakit dan pesakit mental supaya para pelajar tidak malu untuk berkongsi masalah dan seterusnya mendapatkan bantuan profesional.

Pihak organisasi (kerajaan, swasta dan NGO):

– membentuk polisi kesihatan mental yang rahmah kepada pekerja-pekerja terutama dalam kalangan golongan muda. 

Pihak kerajaan:

– mewujudkan dan melaksanakan model intervensi primer, sekunder, dan tertier yang holistik untuk meningkatkan kesihatan mental dan merawat penyakit mental. 

– mewujudkan lebih ramai lagi golongan profesional berkaitan kesihatan mental yang terlatih secara saintifik, profesional dan mengambil kira aspek-aspek spiritual..

Semoga usaha ini dapat membantu mewujudkan suasana masyarakat yang rahmah golongan muda, dan golongan muda yang rahmah masyarakat, ke arah Malaysia sebagai sebuah negara rahmah yang mithali, Insya-Allah.

Dr. Alizi bin Alias
Pengerusi
Psikospiritual IKRAM (P.S.I) 2018
Pertubuhan IKRAM Malaysia

E-mel: psikospiritualikram@gmail.com
Facebook: Psikospiritual IKRAM

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia