Kawalan Covid-19 di sekolah masih tidak mencukupi?

Pembelajaran secara bersemuka ini penting bagi mengatasi limitasi pembelajaran dalam talian. Hal ini penting terutamanya bagi pelajar yang tidak mempunyai kemahiran asas pembelajaran 4M iaitu kemahiran membaca, menulis, mengira dan menaakul.

 

Asas ini merupakan tumpuan utama pembelajaran Tahap 1, walaupun begitu, ia sukar untuk disampaikan secara dalam talian.

 

Berdasarkan data yang dikumpulkan oleh Untuk Malaysia dari Januari hingga Februari 2021, terdapat 1,176 pelajar yang dilaporkan tidak boleh untuk membaca, menulis dan mengira. 

 

Pelajar-pelajar akan menjadi lebih ketinggalan berbanding rakan sekelas yang lain dan menganggu prestasi akademik secara keseluruhan. Maka tidak hairanlah, pendidikan bersemuka ini sangat diperlukan oleh pelajar.

 

Meskipun sedemikian, ini bukanlah kali pertama sekolah dibuka sejak Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) 1.0. Kali pertama sekolah dibuka ialah pada 15 Julai tahun lepas.

 

Namun begitu, peningkatan kes Covid-19 secara mendadak telah memaksa sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Sabah untuk tutup. Penutupan ini diikuti oleh negeri-negeri lain, sehingga kesemua sekolah terpaksa ditutup pada 9  November walaupun jadual akademik masih belum tamat.

 

Sewaktu tempoh pembukaan tersebut, lebih 1,000 pelajar sekolah telah disahkan positif Covid-19. Ia membabitkan 12 sekolah (antaranya adalah Kluster Cahaya, Kluster Long dan Kluster Selasih) merentasi seluruh negara.

 

Lebih mendukacitakan apabila hampir separuh daripada kes tersebut adalah dari kalangan pelajar berusia 7 hingga 12 tahun yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi.

 

Setelah beberapa bulan pembelajaran secara bersemuka diberhentikan, KPM sekali lagi telah memutuskan untuk membuka sekolah secara berperingkat.

 

Pembukaan semula sekolah telah dimulakan dengan dengan sekolah rendah secara keseluruhan pada 8 Mac dan diikuti dengan sekolah menengah pada 4 April. Pelajar SPM 2020 pula telah bermula sesi persekolahan seawal 20 Januari lalu.

 

Hakikatnya, masalah-masalah penularan kes Covid-19 dalam kalangan pelajar sekolah masih lagi tinggi. Baru-baru ini dikatakan dalam masa 16 hari sahaja, terdapat 20 kluster Covid-19 di institusi pendidikan. Masalah menjadi lebih serius apabila sebahagian kluster ini berlaku dalam kalangan prasekolah dan sekolah rendah.

 

Adakah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak menjalankan apa-apa inisiatif?

 

Semestinya ada, terdapat beberapa garis panduan telah dikeluarkan oleh KPM iaitu Garis Panduan Pengurusan Pembukaa Semula Sekolah, Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu dan Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu 2.0.

 

Garis panduan ini adalah terpakai kepada semua sekolah rendah dan menengah di bawah KPM dan Institusi Pendidikan Swasta (IPS) yang berdaftar dengan KPM. Setiap garis panduan ini merupakan penambahbaikan berbanding garis panduan yang sebelumnya.

 

Ia disediakan untuk memastikan penjagaan kesihatan dan keselamatan melalui pengamalan konsep 3C iaitu mengelakkan kawasan sesak (crowded places), tempat sempit (confined places) dan bertutur dengan jarak yang dekat (close conversation). Pembudayaan amalan 3W (wash, wear and warn) juga ditekankan dalam garis panduan ini.

 

Garis panduan ini merangkumi 10 skop utama antaranya adalah panduan untuk sekolah kerajaan, pengurusan prasekolah, asrama sekolah, murid bekeperluan khas (MBK) dan pelaksanaan aktiviti sukan dan kokurikulum.

 

Sekalipun pelbagai panduan digariskan oleh KPM, kes-kes dalam kalangan pelajar masih lagi meningkat dari masa ke masa. Apakah solusi lain yang boleh dilakukan?

 

Pertama, pengenalan kaedah ‘bubble protection’ iaitu membahagikan pelajar kepada kumpulan-kumpulan yang lebih kecil dan setiap kumpulan mempunyai hanya 12 orang ahli. Kumpulan yang kecil ini akan belajar, makan dan beraktiviti sesama. Pergerakan pelajar akan dihadkan untuk hanya bersama kumpulan sendiri.

 

Cara pembelajaran seperti ini penting untuk pelajar prasekolah dan pelajar sekolah rendah kerana mereka tidak dapat fokus sewaktu pembelajaran dalam talian. Mereka lebih suka untuk melakukan aktiviti yang aktif seperti bergerak berbanding duduk dihadapan komputer riba. 

 

Melalui pembahagian pelajar kepada kumpulan kecil, risiko Covid-19 tersebar ke pelajar selain kumpulan tersebut adalah sangat rendah.

 

Cadangan ini telah pun diaplikasikan di beberapa negara lain misalnya Denmark, Jerman, Finland dan juga Norway. Setakat ini, pengaplikasian konsep ini masih berjaya sejak pembukaan sekolah di negara-negara tersebut dan tiada peningkatan kes secara drastik dilaporkan.

 

Kedua, pengenalan jadual kelas yang bergilir seperti di Uruguay. Pelajar akan bergilir antara kelas dalam talian dan kelas bersemuka. Inisiatif ini akan mengurangkan bilangan pelajar yang berada di dalam kelas pada satu-satu masa.

 

Tambahan pula, pelajar yang mempunyai masalah akses Internet boleh untuk mendapatkan bahan pembelajaran yang tertinggal pada hari pembelajaran bersemuka.

 

Mengalih sudut pandang ke Malaysia, arahan untuk mengurangkan saiz kelas daripada 35 pelajar sekelas kepada 17 pelajar sekelas telah dikeluarkan.

 

Meskipun begitu, masalah yang berlaku ialah di tempat menunggu ibubapa, fasiliti sekolah dan tempat awam yang lain kerana limitasi ruang untuk menjalankan SOP. Melalui cadangan jadual kelas bergilir, kita dapat mengurangkan kesesakan di dalam ruang yang sempit dan terhad.

 

Ketiga, memberi keutamaan guru dalam pemberian vaksin. Hal ini tidak terikat hanya kepada guru bertugas di bawah KPM tetapi termasuk semua guru sekolah yang berdaftar di bawah KPM. Hal ini penting kerana kini guru akan mengajar lebih daripada 100 pelajar dalam seminggu dan guru berisiko untuk menjadi agen penyebar Covid-19.

 

Pendekatan pembelajaran bersemuka tidak dapat dinafikan merupakan pilihan utama dalam kalangan pelajar dan tenaga pengajar. Sungguhpun demikian, keselamatan pelajar tidak kurang pentingnya juga untuk difokuskan demi mengawal penularan jangkitan Covid-19.

 

Muhammad Danial Mohamed Farook
Aktivis Persatuan Belia Harmoni Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia