Karnival Pendidikan 2011: Ahli Parlimen Hargai Usaha Murni IKRAM Miri

Karnival Pendidikan 2011 bertujuan untuk memberi kesedaran khusus kepada golongan ibu bapa tentang cabaran-cabaran yang dihadapi dalam membimbing anak-anak. Karnival berkenaan juga bertujuan untuk memberi panduan kepada ibu bapa dalam melaksanakan tuntutan syarak dalam mendidik anak-anak mengikut  acuan Islam, serta membincangkan saranan dan bentuk sokongan dalam sistem pendidikan yang sesuai dan infrastruktur yang diperlukan oleh golongan ibu bapa bagi mencapai keseimbangan dunia dan akhirat.

Ucaptama telah disampaikan oleh Dr Hafidzah Hj Mustakim, Ahli Dewan Perwakilan Nasional (DPN) IKRAM Malaysia yang bertajuk ”Pendidikan Teras Pembentukan Keluarga”. Menurutnya, anak-anak merupakan anugerah Allah SWT dan menjadi amanah kepada ibu bapa untuk memastikan pendidikan dan tarbiah berpandukan al Quran dan qudwah yang ditunjukkan Rasulullah SAW , dan ibubapa perlu jelas bahawa pendidikan anak-anak adalah perkara penting dan tidak boleh diambil ringan.

Beliau juga menyentuh strategi dalam merealisasikan impian ke arah keluarga sakinah, mawaddah wa rahmah iaitu Strategi Pertama, ’Ibu bapa sebagai satu pasukan’, Strategi Kedua, ’Ilmu Keibubapaan’, Strategi Ketiga, ’Didikan Menyeluruh’, Strategi Keempat, ’ Amal Gaya Keibubapaan Berkesan’, Strategi Kelima, ’Bersedia Hadapi Cabaran’ dan Strategi Keenam, ’ Peranan Doa’.

Karnival Pendidikan disusuli dengan forum bertajuk ”Anak Amanah Allah” telah dikupas oleh tiga orang panelis daripada Dr. Hafidzah, Ustaz Dr Azhar Haji Ahmad, YDP IKRAM Sarawak dan Ustaz Karia Haji Rahmat wakil JAKIM merangkap Pengetua Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS).

Aktiviti khusus untuk kanak-kanak berusia 5 hingga ke 14 tahun iaitu pertandingan mewarna, kuiz dan sukaneka turut dianjurkan dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peserta. Di samping itu, bagi memenuhi keperluan masyarakat setempat agensi-agensi kerajaan, agensi swasta, Institut Pengajian Tinggi (IPT) sekitar Miri serta syarikat-syarikat persendirian turut mengambil bahagian dalam pameran pendidikan yang dijalankan.

Dalam ucapan aluan YDP IKRAM Daerah Miri, Amir Ismail (gambar kanan) semasa Majlis Perasmian Penutupan beliau menyentuh bahawa keperluan setiap individu untuk memastikan pendidikan agama dititikberatkan dalam membina generasi Wawasan 2020 yang cemerlang. Beliau turut menggariskan beberapa resolusi Pertubuhan IKRAM Daerah Miri dalam aspek pendidikan sebagai teras pembentukan keluarga dalam kenyataan media IKRAM Miri iaitu:

1. IKRAM meyakini bahawa anak adalah aset yang amat bernilai dan `berharga bagi ibu bapa, masyarakat dan Negara. Dengan itu, anak-anak mesti mendapat kasih sayang dan pendidikan bagi menjamin kecemerlangan mereka di dunia dan akhirat.

2. IKRAM melihat kepentingan pendidikan perlu diperkasa sebagai transformasi menyeluruh sama ada dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek berpaksikan akidah Islam ke arah merealisasikan wawasan 2020.

3. IKRAM juga bersedia bekerjasama dengan semua pihak bagi membantu membimbing pembangunan modal insan anak-anak.

4. IKRAM menawarkan program dan aktiviti pendidikan anak-anak yang bermanfaat sama ada dari segi akademik, sahsiah serta kepimpinan ke arah melahirkan pemimpin pewaris masa depan yang bermanfaat untuk dirinya, keluarga, masyarakat dan juga negara.

5. IKRAM menyarankan masyarakat supaya menjadikan amalan membaca sebagai rutin kehidupan dengan menjadikan Pustaka Miri sebagai pusat kecemerlangan tamadun ilmu.

Dalam majlis yang sama, wakil JAKIM Sarawak, Ustaz Mohd Naqzrul Azraf Nazarludin, merangkap Ketua Unit JAKIM Cawangan Sarawak Unit Miri menyampaikan ucapan yang turut menyatakan peranan ibu bapa dalam membentuk generasi cemerlang.

Majlis Perasmian Penutupan Karnival Pendidikan 2011 telah dirasmikan oleh YB Tuan Haji Ahmad Lai Hj Bujang, Ahli Parlimen Sibuti (gambar kiri). Beliau menghargai penganjuran karnival tersebut dan mengharapkan usaha murni IKRAM Daerah MIRI diteruskan pada masa akan datang sebagai pembentukan generasi Muslim cemerlang. Beliau turut menyerahkan cek sumbangan beliau kepada IKRAM Daerah Miri kepada Amir Ismail.

Karnival Pendidikan 2011 telah memberikan impak tersendiri dalam memenuhi keperluan masyarakat ke arah pembentukan keluarga cemerlang. Semestinya ia menjadi titik tolak kepada kelangsungan program-program pembinaan masyarakat cemerlang melalui perkongsian bijak antara agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan di Sarawak.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia