Kapal Selam Titan ke Titanic: Ekspedisi Jadi Tragedi

Kapal Selam Titan ke Titanic: Ekspedisi Jadi Tragedi | IKRAM

Ekspedisi kapal selam pelancong Titan milik OceanGate yang digunakan untuk misi mellihat bangkai kapal mewah Titanic yang karam pada 1912 telah menjadi catatan tragedi dalam lipatan sejarah.

Ia adalah cerita berkisar tentang kegagalan teknologi dan kehendak manusia yang sanggup pertaruhkan nyawa demi menggapai cita-cita dan harapan. 

Pada Ahad, 18 Jun lalu, kapal selam Titan telah menyelam sekitar jam 8.00 pagi waktu tempatan untuk ke destinasinya yang terletak pada kedalaman 3,800 meter dan 700 kilometer dari selatan St John’s, Newfoundland, Kanada.

Mereka telah menandatangani perjanjian yang merisikokan nyawa dan membayar AS$250,000 (RM1.168 juta) setiap orang untuk selaman selama lapan hari di sekitar bangkai kapal Titanic.

Titan dikatakan mampu mencapai kedalaman sehingga 4,000 meter dan mempunyai bekalan kecemasan 96 jam (4 hari) sokongan oksigen untuk semua anak kapalnya. 

Perjalanan kapal ini dipercayai telah menemui kecelakaan ketika terputus komunikasi dengan kapal induknya sekitar satu jam 45 minit dari tempoh mula perjalanannya. 

Pasukan Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS) dan Kanada telah memulakan operasi pencariannya sejurus selepas berita kehilangannya dilaporkan. 

Pada 21 Jun, sebuah pesawat Kanada telah mengesan bunyi di bawah permukaan air berhampiran kawasan pencarian Titan yang berdekatan bangkai kapal Titanic. 

Lima orang anak kapal yang terlibat dalam musibah ini adalah Stockton Rush (pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif OceanGate), Hamish Hardin (ahli perniagaan), Paul-Henri Nargeolet (pakar maritim Perancis), Shahzada Dawood, 48 (ahli perniagaan berketurunan Britain – Pakistan) dan anak lelakinya Suleman, 19 tahun. 

Setelah empat hari berlalu sejak Titan menyelam, akhirnya pada 23 Jun, Pengawal Pantai Amerika Syarikat mengumumkan kesemua lima anak kapal Titan telah terbunuh. Mereka menggelar kejadian tersebut sebagai letupan bencana laut dalam. 

Tragedi ini telah mendapat liputan meluas oleh media antarabangsa. Persoalan berbangkit tentang ciri-ciri keselamatan kapal selam tersebut.

Rush dikatakan telah berulang kali mengabaikan amaran dan peringatan terhadap ciri-ciri keselamatan Titan. Kapal selam itu juga tidak pernah mendapat sijil atau pengelasan daripada mana-mana badan berwajib.

Bekas pengarah operasi marin OceanGate, David Lockridge pada Ogos 2018 pernah mendakwa beliau dipecat setelah menyuarakan kebimbangan berkenaan isu keselamatan Titan setelah dipertanggungjawabkan Rush untuk membuat laporan pemeriksaan kualiti. 

Pakar penyelidikan laut dalam terkemuka, Rob McCallum turut pernah memberitahu agensi beita BBC bahawa beliau pernah berusaha meyakinkan Rush untuk mendapatkan sijil untuk Titan sebelum melakukan lawatan komersial supaya kapal selam tersebut diuji dan terbukti selamat untuk operasi penyelaman laut dalam. Namun saranan beliau tidak dipersetujui Rush.

Kelima-lima anak kapal yang terkorban dianggap pejuang cita-cita yang mahukan pengalaman nyata walaupun tahu berdepan dengan risiko yang akhirnya benar-benar meragut nyawa mereka.

Titan telah diketahui mempunyai isu keselamatan yang belum sahih diuji mencapai standard piawaian yang sepatutnya.

Apa yang terjadi menunjukkan cita-cita dan aspirasi manusia yang tinggi boleh mengaburi kewarasan akal.

Adakala teguran dan kritikan memang tidak sedap didengari, tetapi adakala ia boleh membina keupayaan seseorang untuk mencapai tahap yang lebih tinggi.

Basmin Maarof
Pegawai Jabatan Komunikasi dan Media
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Penafian: Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian IKRAM.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia