Futsal eratkan ukhuwah remaja
![photo 2016 03 20 11 04 30](https://ikram.org.my/wp-content/uploads/2016/03/images_melaka_Hebahan_remaja_photo_2016-03-20_11-04-30-1024x576.jpg)
Musim cuti sekolah digunakan sepenuhnya oleh remaja sekolah untuk menjalankan aktiviti bermanfaat. Ikramteens Melaka telah menganjurkan satu perlawanan futsal untuk remaja pada Sabtu 19 March lalu bertempat di gelanggang futsal Batu Berendam Melaka. Perlawanan ini dihadiri oleh 15 remaja antara 13 – 17 tahun. Peluang bersama ini digunakan untuk peserta saling mengenal dengan lebih dekat […]
Kanak-kanak perlu tahu diri mereka terlalu berharga
![dirimu terlalu berharga 14](https://ikram.org.my/wp-content/uploads/2016/03/images_melaka_Ikramjunior_dirimu_terlalu_berharga_14-1024x768.jpg)
Kebelakangan ini sering berlaku kejadian kanak-kanak diganggu secara seksual tanpa mereka sedari. Walaupun umur mereka masih terlalu mentah, mereka perlu mempunyai pengetahuan tentang kesihatan reproduktif yang sesuai agar tidak ada mana-mana individu yang mengambil kesempatan ke atas mereka. Justeru itu Wanita Ikram Melaka telah menganjurkan satu program bersama Ikram Junior Melaka yang bertajuk ‘Anakku…Dirimu terlalu bahagia” bertempat di Masjid Al Alami, Ayer Keroh Melaka pada 12 March 2016 yang lalu. Seramai 132 orang kanak-kanak yang berumur antara 7 – 12 tahun hadir. Yuran paling minima dikenakan iaitu sebanyak RM10 seorang.