Kami Sedia Berkhidmat Untuk Negara

Berdasarkan laporan berita baru-baru ini, kami ingin mengambil kesempatan ini untuk memberikan gambaran ringkas tentang Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) dan aktiviti-aktiviti kami.

 

IKRAM adalah sebuah NGO Islam yang berdaftar pada tahun 2009. Fokus aktivitinya adalah kepada pendidikan dan kerja-kerja kemasyarakatan.

 

Kami percaya bahawa prinsip dan nilai-nilai Islam merupakan unsur yang penting dalam pembangunan negara, dan jika dijelaskan dengan betul, ia bahkan dapat diterima dalam masyarakat yang berbilang budaya dan agama seperti di negara kita.

 

Untuk membangunkan masyarakat yang teguh, bersatu padu dan progresif, IKRAM percaya dengan konsep Negara Rahmah yang digambarkan melalui 12 ciri seperti berikut:

 

1. Kepemimpinan Negara yang Kompeten dan Berintegriti

2. Sistem Pemerintahan yang Berasaskan Semak dan Imbang yang Berkesan

3. Tadbir Urus yang Baik

4. Undang-undang yang Adil

5. Masyarakat yang Berilmu, Berakhlak dan Penyayang

6. Institusi Keluarga yang Utuh

7. Hubungan Etnik dan Penganut Agama yang Harmoni

8. Ekonomi yang Mampan

9. Agihan Kekayaan yang Saksama

10. Pembangunan yang Lestari

11. Kebajikan, Kesihatan dan Keselamatan Rakyat yang Terpelihara

12. Menerajui Usaha keamanan dan Kesejahteraan Sejagat

 

IKRAM menyokong usaha kerajaan sekarang untuk melahirkan rakyat Malaysia yang terbaik dan paling berwibawa dengan integriti yang tinggi untuk memimpin dan mengurus negara kita menuju ke hadapan.

 

Sebagai sebuah NGO Islam yang progresif dan kontemporari, IKRAM menarik ramai profesional dan ilmuan Muslim di Malaysia untuk menyertai kami. IKRAM adalah takungan kepada ahli-ahli daripada semua lapisan masyarakat, termasuk ahli akademik dan profesional yang berkaliber dan berkelayakan tinggi.

 

IKRAM mempromosi semangat patriotisme dalam kalangan ahli dan masyarakat. Oleh itu, sekiranya ada ahli IKRAM diseru untuk berkhidmat kepada negara kita yang dikasihi, ia adalah berdasarkan kepada kelayakannya (merit) sendiri dan juga sebagai menyahut seruan patriotisme selaras dengan nilai-nilai kami. Kami percaya perkara yang sama berlaku kepada mana-mana ahli NGO yang berkongsi nilai yang sama di negara kita.

 

Sambil kami menggalakkan ahli-ahli untuk berkhidmat kepada negara, sebagai organisasi yang berpegang dengan piawaian etika yang tinggi dalam nilai-nilai Islam, IKRAM menolak sebarang pelantikan pegawai awam secara tidak betul walaupun ia adalah untuk ahli IKRAM.

 

Seperti yang termaktub dalam konsep Negara Rahmah, kompetensi dan integriti dalam kepemimpinan dan kerajaan yang berdasarkan semak dan imbang yang berkesan adalah sebahagian daripada nilai-nilai teras yang kami berpegang teguh dengannya.

 

Pertubuhan IKRAM Malaysia komited dalam pembinaan negara dan akan terus memainkan peranan kami. Dengan melakukan demikian, kami mempromosikan perkongsian dan muafakat yang kukuh antara pelbagai pemegang taruh, tanpa mengira kaum atau agama. Kami bersedia berkhidmat untuk negara dengan memberi sumbangan yang terbaik mengikut kadar kemampuan kami.

 

Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

 

Nota: Ini adalah versi Bahasa Malaysia, terjemahan bagi Kenyataan Media IKRAM  bertajuk “We Are Here to Serve the Nation” bertarikh 20 Januari 2020.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia