Kaji semula garis panduan pakaian pramugari – IKRAM

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyambut baik pandangan balas terhadap kenyataan yang dibuat oleh Exco Pemuda UMNO, Dazma Shah Daud dan diikuti oleh Ketua Pemudanya YB Khairy Jamaluddin pada 26 Ogos 2014 berkaitan  isu pakaian menutup aurat pramugari MAS ketika bertugas.

IKRAM menyokong kenyataan kedua-dua pimpinan Pemuda UMNO tersebut. Telah sampai masanya kerajaan dan pengurusan tertinggi syarikat-syarikat penerbangan yang berdaftar di Malaysia untuk mengkaji semula garis panduan pakaian pramugari mereka yang selama ini tidak melambangkan Islam sebagai agama Persekutuan di Malaysia.

IKRAM menggesa agar garis panduan pakaian sopan yang tidak menjolok mata dan mengambil kira syariat dan perundangan Islam diperkenalkan kepada pramugari syarikat  penerbangan tersebut selaras dengan imej Malaysia sebagai negara umat Islam yg disegani di mata dunia. Langkah ini juga dijangkakan akan sekali lagi meletakkan Malaysia sebagai negara contoh menjadi ikutan kepada negara2 umat Islam yg lain.

Pihak syarikat disarankan supaya merujuk kepada JAKIM, Institut Wasatiyayah Malaysia dan beberapa Badan Berkanun yang telah memperkenalkan garis panduan yang sama.

Semoga segala usaha-usaha kita untuk mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa Taala dan mengamalkan segala perintah-perintah-Nya, meninggalkan segala laranganNya, menghayati sunah-sunah Nabi-Nya, akan membuka  kepada kita kepada pintu-pintu pertolongan, perlindungan dan rahmat-Nya.

IKRAM juga bersedia bekerjasama dengan pihak pengurusan MAS, untuk memberi pandangan dan saranan dalam penyediaan garis panduan berlandaskan pakaian bersopan untuk dijadikan pakaian seragam kepada pasukan pramugari MAS.


Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus
Timbalan Presiden IKRAM

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia