Kaji Selidik RUU GEG di Aplikasi MySejahtera

Kaji Selidik RUU GEG di Aplikasi MySejahtera | IKRAM

Kementerian Kesihatan (KKM) melancarkan kaji selidik bagi mengumpul maklum balas orang ramai mengenai Rang Undang-undang (RUU) Generasi Penamat Rokok (GEG) di aplikasi MySejahtera.

“Orang ramai terbuka untuk mengambil bahagian dalam kaji selidik yang boleh didapati melalui aplikasi MySejahtera mulai hari ini. Namun, pengguna MySejahtera perlu mengemas kini aplikasi mereka,” kata Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa semalam.

Beliau berkata, tinjauan itu merangkumi pelbagai topik, termasuk pandangan orang ramai mengenai risiko kesihatan merokok, peruntukan GEG dan RUU Kawalan Produk Tembakau Demi Kesihatan Awam 2023.

“RUU GEG yang secara rasmi dikenali Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 bertujuan melarang penggunaan, pembelian dan penjualan rokok dan produk vape kepada mereka yang lahir selepas 1 Januari 2007.”

Lima soalan berkaitan GEG

Pada aplikasi My Sejahtera itu, tertera gambar Dr Zaliha mengalu-alukan orang ramai berkongsi pandangan sama ada bersetuju atau tidak mengenai lima soalan berkaitan GEG yang diajukan. Soalan-soalannya ialah:

1. Persetujuan peserta kaji selidik mengenai penggunaan rokok konvensional dan rokok elektronik atau vape yang mendatangkan bahaya kepada kesihatan.

2. Adakah seseorang itu sedar atau tidak mengenai usaha KKM membentangkan RUU Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam 2023 serta RUU GEG.

3. Persetujuan langkah pihak kerajaan untuk mengawal semua produk merokok termasuk rokok elektronik atau vape.

4. Persetujuan mengenai peruntukan GEG di mana penjual dilarang menjual sebarang bentuk produk merokok termasuk rokok elektronik atau vape kepada golongan GEG iaitu individu yang lahir pada tahun 2007 dan seterusnya.

5. Persetujuan peruntukan GEG di mana individu yang lahir pada tahun 2007 dan seterusnya tidak dibenarkan merokok rokok konvensional serta rokok elektronik atau vape sepanjang hayatnya.

Dirujuk sekali lagi

Terdahulu, pada Jun lalu Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 akan dirujuk sekali lagi kepada Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan.

Ini kali kedua RUU yang turut dikenali sebagai RUU Generasi Penamat (GEG) itu dirujuk kepada JKPK berkenaan selepas pertama kali dibentangkan oleh Menteri Kesihatan ketika itu, Khairy Jamaluddin, pada tahun lalu.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa ketika mengulas tindakan itu berkata, tindakan itu mengambil kira maklum balas yang diterima mengenai RUU berkenaan khususnya melalui sesi libat urus yang diadakan pada 6 Mac lalu.

Beliau memaklumkan, melalui sesi pada minggu lalu itu, ahli JKPK Kesihatan, selain ahli parlimen, badan profesional serta badan bukan kerajaan (NGO) mahukan beberapa perkara di bawah RUU terbabit dinilai dan diperincikan lebih lanjut.

Perlu dinilai

“Adalah penting untuk RUU ini mendapat sokongan tidak berbelah bahagi daripada semua pihak. Oleh itu, Kementerian Kesihatan mencadangkan RUU ini dirujuk kepada JKPK Kesihatan yang akan bertindak sebagai semak dan imbang serta mengambil kira pandangan semua pihak yang berkepentingan,” katanya.

RUU berkenaan dicadangkan bertujuan mengharamkan penggunaan, pembelian dan penjualan rokok serta produk vape kepada mereka yang dilahirkan selepas 2007.

Sebelumnya, pada 26 Mei lalu, Dr Zaliha menyifatkan ia satu kejayaan buat KKM apabila mendapat sokongan Kabinet untuk RUU terbabit dibentangkan di Dewan Rakyat.

Ketika sesi taklimat bersama media pada 6 Jun lalu, beliau berkata, KKM telah memasukkan semua 23 cadangan pindaan terdahulu serta lima cadangan baharu.

Justeru katanya, RUU itu disifatkan lebih komprehensif dan meliputi bukan sahaja rokok konvensional, tetapi juga rokok alaf baharu termasuk elektronik serta rokok ‘combustible’.

Pada Ogos tahun lalu, Parlimen meluluskan RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 dirujuk ke Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Parlimen untuk diteliti serta membuat syor penambahbaikan.

Bagaimanapun, ia tidak dapat diteruskan berikutan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum (PRU).

Ditunda

Dalam pada itu, pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) akan diteruskan selepas memperoleh tarikh baharu untuk dibentangkan di Parlimen.

Bacaan kali kedua RUU itu sepatutnya berlangsung petang Selasa, namun ditunda kepada satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Perkara itu dimaklumkan seorang pegawai kepada Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, sambil meminta supaya media menunggu tarikh baharu pembentangan yang dimaklumkan kelak.

“Kita tunggu tarikh Parlimen,” katanya ketika menjawab pertanyaan mengenai penangguhan RUU terbabit.

Penangguhan itu mengundang pelbagai reaksi serta spekulasi khususnya mengenai faktor yang mendorong pembentangan RUU itu di Parlimen ditangguhkan.

Isnin lalu, KKM melalui satu kenyataan memaklumkan RUU GEG yang dijadual dibentang untuk dibahaskan pada Selasa ditangguhkan.

Alasan diberikan, untuk memberi laluan kepada aturan urusan kerajaan lain sebagaimana disenaraikan dalam Aturan Urusan Mesyuarat (AUM), dan pembentangan RUU ini akan dibuat dalam masa terdekat.

Minggu lalu, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa memaklumkan, KKM menerima baik semua syor dicadangkan JKPK Kesihatan Parlimen berkenaan RUU berkenaan dan ia akan dibentang semula ke Dewan Rakyat untuk dibahas dan diputuskan oleh Ahli-ahli Parlimen.

Gesaan badan profesional dan NGO

Keputusan pembentangan sekali lagi itu dibuat hasil keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri minggu lalu.

Jun lalu, Zaliha memaklumkan antara sebab RUU itu dirujuk semula ke JKPK Kesihatan berikutan gesaan badan profesional dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mencadangkan supaya beberapa perkara di bawah RUU itu diteliti semula.

RUU itu kali kedua dirujuk kepada JKPK Kesihatan selepas kali pertama dibentangkan oleh Menteri Kesihatan sebelum ini, Khairy Jamaluddin pada Ogos tahun lalu, namun Dewan Rakyat membuat keputusan sama meminta supaya ia dirujuk kepada JKPK.

Di bawah RUU yang dibentang pada Jun lalu itu, kuasa penguatkuasaan luas seperti diperuntukkan dalam draf RUU terdahulu, dihadkan kepada bagi tujuan pengilangan, pembungkusan, penyimpanan, penyerahan, pengedaran atau penjualan produk, yang secara langsung mencetuskan kebimbangan kepada pemain industri rokok elektronik kemungkinan ia akan menyekat perniagaan mereka.

Atriza Umar
Pegawai Komunikasi dan Media
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia