Kadar pengangguran negara 4.2% pada Disember 2021

SERI KEMBANGAN – Menjelang akhir tahun 2021 lalu, kebanyakan negeri telah berada dalam Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang membenarkan lebih banyak sektor ekonomi dan sosial beroperasi seperti biasa sekali gus mendorong kedudukan tenaga buruh untuk pulih secara sederhana.

 

“Sektor tenaga buruh negara semakin baik pada Disember 2021 dengan mencatatkan kadar pengangguran yang lebih rendah pada 4.2 peratus dengan 687,600 orang, manakala guna tenaga terus meningkat,” demikian menurut Ketua Perangkawan, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.

 

Menurutnya, hal ini telah memacu guna tenaga untuk terus mengalami pertumbuhan yang lebih baik pada Disember 2021 hingga menyebabkan pengangguran terus menurun.

 

“Pada Disember 2021, penduduk bekerja terus meningkat dengan peningkatan marginal sebanyak 0.2 peratus bulan ke bulan kepada 15.65 juta orang daripada 15.61 juta orang pada November.”

 

Beliau berkata demikian dalam laporan Statistik Tenaga Buruh, Malaysia, Disember dan Suku Keempat 2021 yang diterbitkan pada Selasa.

 

“Nisbah guna tenaga kepada penduduk yang menunjukkan keupayaan ekonomi untuk mewujudkan guna tenaga mencatatkan sedikit peningkatan kepada 66.1 peratus berbanding pada November 2021 iaitu 66.0 peratus.”

 

Jelasnya lagi, bilangan penganggur terus menurun sebanyak 1.0 peratus kepada 687,600 orang berbanding pada November 2021 berjumlah 694,400 orang.

 

“Justeru, kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) meningkat kepada 69.0 peratus iaitu KPTB tertinggi yang direkodkan sejak Januari 2020 dengan bilangan tenaga buruh pada Disember 2021 meningkat sebanyak 0.2 peratus kepada 16.34 juta orang.”

 

Menurutnya lagi, situasi ini memberi isyarat bahawa orang ramai semakin optimis terhadap pasaran buruh seterusnya mendorong mereka untuk mencari pekerjaan.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia