Kadar kebolehjangkitan meningkat

SERI KEMBANGAN – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 di Malaysia terus mencatatkan trend peningkatan ke 1.15 berbanding 1.11 pada hari sebelumnya.

 

Lapan negeri menunjukkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan dan Terengganu mencatatkan kadar tertinggi dengan 1.36, diikuti Kedah, Sabah, Pulau Pinang, Kelantan, Johor, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur.

Seterusnya negeri Pahang, Putrajaya, Melaka, Negeri Sembilan, Sarawak, Labuan dan Perlis.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac, manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei lalu.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Dalam pada itu, Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (CITF) baru-baru ini menyatakan bahawa pendaftaran untuk mendapatkan suntikan vaksin bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas telah dibuka menerusi aplikasi MySejahtera.

“Pada peringkat permulaan, hanya pelajar yang lahir pada 2003 dan akan menyambung pelajaran ke luar negara diberikan keutamaan.”

Selain itu, kanak-kanak dan remaja yang mempunyai komorbiditi (dua atau lebih penyakit serentak) juga menjadi keutamaan untuk mendapatkan vaksin Covid-19.

Tular di aplikasi WhatsApp sebelum ini bahawa pendaftaran pengambilan vaksin terhadap kanak-kanak mula dibuka. Ia diikuti beberapa langkah untuk memudahkan ibu bapa dan penjaga membuat pendaftaran terhadap tanggungan mereka.

Vaksinasi Covid-19 adalah secara sukarela dan diberikan percuma kepada semua penduduk dengan sasaran sekurang-kurangnya 80 peratus penduduk dewasa Malaysia menerima vaksin menjelang Februari 2022.

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dilaksanakan dalam tiga fasa dengan sasaran seramai 500,000 petugas barisan hadapan menerima vaksin untuk fasa pertama (Februari – April 2021).

Vaksinasi fasa kedua (April – Ogos 2021) pula dilaksanakan bagi kumpulan berisiko tinggi dan fasa ketiga bagi golongan dewasa berusia 18 tahun ke atas bermula Mei 2021 hingga Februari tahun depan.

Menurut data Johns Hopkins University, lebih 3.84 bilion dos vaksin Covid-19 sudah didaftar atau disuntik vaksin di seluruh dunia sehingga Ahad.

China kini mendahului dengan lebih 1.53 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan dan diikuti India dengan 433 juta dos vaksin serta Amerika Syarikat lebih 340 juta dos.

Negara lain yang mencatat jumlah melebihi 100 juta dos adalah Brazil, manakala United Kingdom serta Jerman lebih 80 juta dos, manakala Jepun dengan lebih 73 juta dos dan Perancis lebih 68 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 60.48 juta, manakala Malaysia mencatat lebih 17 juta, Filipina lebih 16 juta dos, diikuti Thailand yang telah lebih 15 juta dos dan Singapura di tangga kelima dengan lebih 7 juta dos.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia