Kabinet Perhalusi RUU Larangan Tukar Parti

Kabinet Perhalusi RUU Larangan Tukar Parti | IKRAM

SERI KEMBANGAN – Jemaah Menteri membangkitkan dua perkara berhubung Rang Undang-undang (RUU) Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti agar diperincikan dan diperhalusi semula oleh Jawatankuasa Pilihan Khas selepas dibentangkan pada mesyuarat kabinet pada Rabu.

“Walau bagaimanapun, Jemaah Menteri membangkitkan dua perkara agar diperincikan dan diperhalusi semula oleh Jawatankuasa Pilihan Khas,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Parlimen), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam satu kenyataan hari ini, tanpa mendedahkan butiran mengenai perkara yang dibangkitkan.

Beliau berkata, Peguam Negara,Tan Sri Idrus Harun telah memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri berkaitan pindaan perlembagaan itu.

“Jemaah Menteri tiada bantahan terhadap draf yang dicadangkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.”

Ia sebagaimana mengikut Peraturan 85 Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, maklumat berhubung Jawatankuasa Pilihan Khas tidak boleh didedahkan kepada umum.

“Ini kerana ia masih dalam perbincangan di peringkat Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.”

Beliau memaklumkan bahawa RUU itu secara keseluruhannya diambil maklum oleh kabinet, yang mana persoalan yang dibangkitkan Jemaah Menteri akan dibawa kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen pada 7 Jun ini (2022) untuk diteliti, seterusnya memuktamatkan RUU tersebut.

“Jika RUU itu dapat dibentang dan diluluskan pada sidang tersebut, ia boleh diwartakan seawal Januari tahun depan,” jelasnya.

Terdahulu, RUU Larangan Bertukar Parti dijangka dibentangkan seawal pertengahan Julai iaitu ketika Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat Penggal Kelima bermula 18 Julai akan datang.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia