Johan Debat Antara Sekolah: Syabas Al-Islah dan Hidayah – IKRAM

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengucapkan kesyukuran dan syabas kepada Sekolah Menengah Islam Al-Islah (SMAI) Sungai Petani dan Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH) Johor Bahru kerana masing-masing telah dinobatkan sebagai Johan bagi kategori Bahasa Melayu dan Bahasa Arab dalam Kejohanan Debat Antara Sekolah (ISDC) 2014 anjuran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Kejohanan berprestij tahunan kali ke-12 yang berakhir pada 19 Ogos 2014 lalu dibuat dalam tiga kategori iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris dan melibatkan hampir semua sekolah ternama tanah air.

Kejayaan ini membuktikan bahawa usaha yang gigih, semangat yang padu, didorong oleh falsafah pendidikan rabbani yang dijalankan di semua 39 buah sekolah rangkaian IKRAM-MUSLEH telah berjaya melonjakkan jati diri, sifat kepemimpinan, keyakinan diri dan keterampilan pelajar-pelajar berkenaan.  

Semangat dan kegigihan yang membanggakan juga telah ditunjukkan oleh beberapa pasukan dari sekolah rangkaian IKRAM-MUSLEH yang lain yang turut bertanding. Sekolah Menengah Islam Al-Amin (Gombak), Sekolah Menengah Sri Al-Amin (Bangi), Sekolah Menengah Islam Hira’ (Jeram) dan Sekolah Menengah Al-Azhar (Jitra) telah menyerlahkan prestasi yang memberangsangkan.

Semoga Allah memberkati  kejayaan ini serta memberi ganjaran sewajarnya kepada para pengetua, guru debat dan para alumni yang telah membimbing pasukan-pasukan ini dengan komitmen yang begitu tinggi.

Prof Dr Omar bin Yaakob

Pengerusi
Jawatankuasa Pendidikan IKRAM

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia