Jiran yang disayangi Tuhan

Diakui bahawa manusia tidak boleh hidup tanpa ada insan lain di sampingnya. Hidup akan terasa suram, tiada kawan tempat untuk berkongsi cerita dan mendengar pendapat.

 

Dulu pun Allah menciptakan hawa untuk menemani Nabi Adam. Maka peri pentingnya kehadiran insan lain dalam mengisi ruang kehidupan kita sehari-hari.

 

Jiran, apa yang boleh kita fahami dengan perkataan yang satu ini? Jiran adalah orang-orang yang tinggal bersebelahan dengan rumah kita, tidak kira depan belakang, kiri mahupun kanan. 

 

Ia boleh juga diistilahkan sebagai orang-orang bersebelahan kampung dengan kita atau ia boleh meliputi skop yang lebih besar iaitu orang-orang yang bersebelahan dengan negara kita.

 

Rasulullah SAW mengatakan bahawa jiran juga bermaksud mereka yang tinggal 40 buah rumah setiap penjuru yang mengelilingi rumah kita. Ini disebutkan dalam sebuah hadis riwayat Imam Abu Daud.

 

Jaga hak jiran

 

Dalam agama Islam, jiran merupakan insan yang mesti dimuliakan dan dijaga hak-haknya. 

 

Dalam berjiran tetangga, kita tidak boleh mementingkan diri sendiri atau mengurus hal ehwal sendiri tanpa sedikit pun mengambil tahu tentang keadaan jiran kita. Perangai seperti ini amat ditegah oleh Allah, apatah lagi kalau sampai menyakiti fizikal mahupun mental jiran.

 

Akhir-akhir ini, saya selalu membaca pelbagai macam kisah kejiranan yang tingkah lakunya kurang baik. Ada jiran yang lisannya suka mengadu domba. Ada yang riak mukanya begitu masam dan sombong apabila berpapasan dengan jiran setaman atau sekampung.

 

Ada pula yang sengaja membuat kebisingan atau ketidakselesaan supaya jiran lain terasa hati. Allahul musta’an. Apakah faedah yang kita perolehi dengan perbuatan sedemikian? Padahal Allah memperingatkan kita dalam firman-Nya.

 

“Dan hendaklah kamu beribadah kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apapun. Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, JIRAN TETANGGA YANG JAUH DAN JIRAN TETANGGA YANG DEKAT, rakan sejawat, orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong.” (Surah an-Nisaa’: 36)

 

Nampak tidak betapa Allah memuliakan jiran tetangga sehingga Dia menggabungkannya dengan ayat berbuat baik kepada ibu bapa dalam al-Quran. Malah melayan jiran dengan baik adalah bukti kita beriman kepada Allah. Mungkin ramai yang tidak menyedari akan hal tersebut.

 

“Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berbuat baik kepada jirannya.” (HR Muslim)

 

Malaikat  Jibril pula selalu berwasiat kepada baginda SAW agar berlaku baik kepada jiran sehinggakan baginda menyangka seolah-olah jiran itu akan mewarisi harta. Ini dikisahkan dalam kitab Sahih Bukhari. 

 

Jadi, sekiranya kita mengaku sebagai orang yang beriman kepada Allah dan Rasulullah, pasti kita akan mengikuti apa yang diperintahkan berkenaan dengan jiran tetangga kita.

 

Tip jadi jiran yang baik

 

Bagaimana mahu mendapat jiran yang baik? Kita mulai dengan diri sendiri dahulu. Mari menjadi seorang jiran yang disayangi Tuhan. Dengan berperilaku yang baik, insya-Allah orang lain yang ada di sekeliling rumah kita pun akan mengikuti jejak langkah kita. 

 

1. Ketika keluar rumah, kita ternampak jiran, lakarlah senyuman di bibir kita. Tegur jiran kita itu walaupun dengan kata-kata yang ringkas. Kalau sempat bersembang, berbuallah tentang perkara yang bermanfaat. Elakkan bergosip! Kita mahu mendapat pahala, bukan menambah dosa.

 

2. Jika kita sedang masak, sisihkan sedikit makanan untuk diberi pada jiran. Masakan itu tidak semestinya kena mewah baru kita hendak memberi, tapi apa saja yang kita masak walaupun sederhana, usahakan memberi pada jiran untuk mereka jamah.

 

Kita tidak tahu barangkali jiran sudah tercium dan terliur dengan bau masakan kita, atau mungkin jiran itu belum masak dan sedang berlapar.

 

Nabi SAW bersabda, “Tidak termasuk orang Mukmin, orang yang kenyang sementara tetangganya kelaparan.” (HR Imam Thabrani)

 

3. Jangan membuat kebisingan. Sekiranya kita mahu bertukang untuk memperbaiki rumah dan seumpamanya, lakukan pada waktu-waktu di mana jiran yang lain dalam keadaan bersantai, bukan waktu orang tidur.

 

Apatah lagi bagi mereka yang mempunyai bayi, maka kebisingan yang dilakukan akan mengganggu kualiti tidur si bayi. Sebaiknya kerjakan aktiviti tersebut pada waktu pagi atau petang.

 

4. Membawa buah tangan apabila kita baru sahaja lepas bercuti ke luar daerah.

 

5. Mendengarkan keluhan jiran yang mempunyai masalah, seterusnya memberikan pendapat yang munasabah dalam permasalahannya tersebut.

 

6. Jika kita sedang memelihara haiwan, pastikan ia tidak mengotori kawasan jiran kita dan tidak menyebarkan bau busuk yang mengganggu keselesaan jiran.

 

Andai perkara ini berlaku, segera meminta maaf dengan jiran. Insya-Allah, hati jiran akan rasa sejuk dan malah akan berbagi tip untuk anda dalam memelihara haiwan jinak dengan baik.

 

Jangan tempah neraka

 

Demikianlah sekian tip bagi kita semua agar bagaimana membentuk peribadi yang elok dalam bergaul dengan jiran tetangga sehari-hari.

 

Jangan sesekali kita menempah neraka dengan menjadi jiran yang suka mengadu domba, mengumpat untuk menyakiti hati jiran yang lain, nanti sia-sia segala amalan solat, puasa dan sedekah kita.

 

Jika lisan tidak dijaga, suka melukai perasaan orang lain, maka syurga tidak layak untuk kita.

 

“Tidak akan masuk syurga, orang yang membuat jirannya tidak merasa aman daripada gangguannya.” (HR Muslim)

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia