Jihad pena yang merubah manusia

Dakwah adalah tugas semua orang sesuai kemampuannya. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

Sesiapa yang menunjukkan jalan hidayah ia mendapat pahala seperti pahala orang yang mengikuti seruan dakwahnya, tanpa mengurangi pahalanya sedikit pun.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Sebenarnya, dakwah tidak hanya pada kemampuan mengolah kata-kata, lalu disampaikan secara lisan kepada khalayak. Bermacam-macam konsep, pendekatan atau metode boleh diguna pakai untuk berdakwah antaranya dakwah melalui tulisan.

Dakwah melalui tulisan jauh lebih efektif dan mampu menjangkau sasaran secara meluas, menyebar hingga ke seantero. Menulis akan membuat seseorang itu mampu mengemas kini apa yang sudah didengar dan diketahuinya hingga menjadi sesuatu yang bermanfaat bagi diri sendiri seterusnya bagi orang lain.

Kerana ketidakrajinan (baca, malas) mencatat setiap apa yang dibaca, seperti mendengar khutbah, ketika kuliah atau ceramah, akan membuat butiran hikmah yang sudah didapati berlalu begitu saja. Sebagaimana Allah Subhanahu Wa Taala telah mengajarkan penggunaan pena kepada manusia yang memiliki sifat lupa ini:

ن ۚ وَالْقَلَمِ وَمَا يَسْطُرُونَ

“Nun, demi pena dan apa yang mereka tulis.” (Al-Qalam: 1)

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam sering berusaha menyedarkan umatnya melalui membaca dan menulis sebagaimana firman Allah dalam Surah al-‘Alaq ayat 1 hingga 5:

اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ

“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan.”

خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ

“Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.”

اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ

“Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah.”

الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ

“Yang mengajar (manusia) melalui pena dan tulisan.”

عَلَّمَ الْإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ

“Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.”

Allah Subhanahu Wa Taala berfirman:

وَيُعَلِّمُهُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَالتَّوْرَاةَ وَالْإِنْجِيلَ

“Dan Allah akan mengajarkan kepadanya Al-Kitab, Hikmah, Taurat dan Injil.” (Ali ‘Imran: 48)

Menurut Tafsir Jalalayn, kitab di sini bermaksud ‘menulis’ kerana menulis merupakan nikmat besar yang dikurniakan Allah Subhanahu Wa Taala kepada hamba-hamba-Nya. Oleh kerana itu, Allah memberikan nikmat kepada mereka dengan mengajarkan menggunakan pena sebagaimana yang disebutkan dalam surah yang pertama diturunkan iaitu surat Al-‘Alaq, الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ (Yang mengajar (manusia) melalui pena dan tulisan).

Dalam suatu peristiwa usai perang Badar, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam memberikan tawaran kebebasan kepada sebahagian para tawanan dengan syarat mengajarkan membaca dan menulis kepada para sahabat dan anak-anaknya. Membaca dan menulis itu sebagai syarat kebebasan merupakan keputusan yang jarang berlaku bahkan termasuk pertama kali yang pernah ada.

Hasilnya, para sahabat menjadi boleh dan pandai menulis. Mereka berasa bersalah jika tidak menulis wahyu atau hadis yang disampaikan oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam.

Jika bukan kerana kebijaksanaan Nabi yang sering memberi motivasi supaya menulis dan membaca kepada para sahabat, tentu kita tidak akan pernah tahu apa ayat dan surah dalam al-Quran, kerana tidak ada yang menuliskannya.

Kalau bukan kerana usaha Nabi Salallahu Alaihi Wasallam untuk membuat sahabatnya pandai menulis, tentu tidak akan sampai kepada kita tentang hadis-hadis yang berisi ajaran dan sejarah hidup Nabi Muhammd Sallallahu Alaihi Wasallam.

Dakwah menerusi pena adalah sebahagian daripada jihad. Inilah yang disebut dengan jihad bil qalam yang ertinya berjuang dengan pena, berjuang menoktahkan kebodohan dengan tinta.

Pernah dikisahkan, ada seorang ulama yang ketika dalam detik-detik kematiannya meminta sesuatu kepada muridnya. Permintaannya di luar dugaan si murid. Sang guru memintanya untuk mengambil pena bagi mencatatkan sesuatu ilmu, padahal ia dalam keadaan hampir sakaratulmaut.

Sebagaimana Habib Soleh bin Ahmad Alaydrus (murid Sayid Muhammad bin Alwi al-Maliki) pernah menyampaikan suatu pertanyaan:

“Apakah karamah para imam empat mazhab (Imam Abu Hanifah, Imam Maliki, Imam Syafie, dan Imam Hanbali)? Karamah mereka adalah ilmu mereka yang bermanfaat. Mereka sudah wafat ratusan tahun silam namun sampai detik ini, jutaan umat Islam masih mengikuti ajaran dan mengamalkan ilmu yang mereka sampaikan. Inilah karamah terbesar.”

Ilmu bermanfat adalah karamah. Para imam ini memiliki ilmu yang bermanfaat disebabkan anugerah Allah Subhanahu Wa Taala dan mereka menuliskan ilmu-ilmu yang telah mereka raih. Semua imam tersebut memiliki kitab sehingga kita mudah membuat rujukan, mempelajari dan mengamalkannya.

Sebagaimana kitab muktabar (terkenal) mereka; Imam Abu Hanifah dengan kitabnya Fiqh al-Akbar, Imam Malik bin Anas dengan kitabnya Al-Muwattha’, Imam Syafii dengan kitabnya Ar-Risalah dan Al-Umm, dan Imam Ahmad bin Hanbal dengan kitabnya Al-Musnad.

Seandainya mereka tidak menulis, bagaimana kita dapat mempelajari ilmu mereka? Semuanya meninggalkan warisan yang tidak ternilai. Walaupun tubuh mereka telah terbalut kafan dan tertanam di perut bumi, ratusan tahun lamanya, namun hasil penulisannya tetap hidup sepanjang masa.

Jihad bil qalam sewajarnya menjadi kebiasaan dan tradisi kita untuk meninggalkan jariah kebaikan dan legasi yang bermanfaat untuk generasi selanjutnya. Niatkan ketika hendak menulis itu untuk ibadah dakwah agar tiap huruf yang tersusun bernilai pahala di sisi Allah Subhnahu Wa Taala.

Wujudkan prinsip dalam diri “menulis apa yang disampaikan dan sampaikanlah apa yang ditulis”.

“Pena lebih tajam daripada mata pedang”, begitulah kata seorang pengkritik sastera ketika peradaban sastera mencapai puncak di dunia. Sebenarnya kata ‘pena’ yang dimaksudkan adalah kata-kata hingga  ramai yang mempersonifikasi ‘kata’ dengan ‘pedang’. Tetapi, jauh daripada itu, terdapat sebuah perumpamaan yang indah:

“Jika sebuah pedang hanya dapat menusuk seorang, berbeza dengan kata-kata atau ucapan yang dapat membunuh atau menusuk ratusan bahkan ribuan orang dengan lebih kejam.”

Namun, bagaimana dengan berbuku-buku kisah atau kata-kata yang bermanfaat yang dituliskan oleh seseorang hingga dapat merubah diri menjadi baik kepada lebih baik?

Hasilnya sungguh menakjubkan dan mampu menjadi jariah kebaikan yang berpanjangan walaupun setelah ketiadaan kita di dunia ini. Mari kita mulakan sedari kini, selagi kesempatan itu masih diberikan-Nya.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia