Jemputan ke Program Hari Bapa “Bapaku Heroku” 10 Julai

Program ini diadakan bertujuan mempopularkan kembali peranan aktif bapa dalam menguruskan keluarganya dan memastikan keluarganya berada dalam ‘biah solehah‘, penuh dengan pendidikan ilmu, akhlak mulia, beramar maaruf, menjauhi mungkar, dan boleh membentuk generasi yang muttaqin pada masa hadapan.

Antara acara menarik ialah Forum “Bapaku Heroku” yang akan dibarisi tiga ahli panel iaitu Ahmad Shafiai Uda Jaafar (Pak Utih), Pakar Perunding Keluarga; Ustazah Maznah Daud, Ketua Wanita IKRAM Pusat dan Mus’ab Muzahar,YDP Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Forum tersebut akan dipengerusikan oleh Prof Dr Taufiq Yap Yun Hin, Pensyarah Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia selaku moderator.

Kemuncak program ini adalah acara Explorace,Father, U R the Man!” yang mana penyertaan minimum adalah seorang bapa dan seorang remaja.

Program ini terbuka kepada semua. Mereka yang berminat menyertai program ini boleh menghubungi pihak urusetia program untuk pendaftaran iaitu Encik Alwi Hasrat (019-3132246 [email protected]) dan Puan Zuraidah Kornain (019-3186794 [email protected]).

Borang pendaftaran boleh dilihat dan dimuat turun di sini: Brosur Hari Bapa 2011

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia