Jangan sampai bahasa sendiri dilupakan

“Ada di antara masyarakat kita tidak berbangga dengan bahasa ibunda. Ada yang malu. Kenapa?” soal beliau dalam sidang media penganjuran Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa 2018.

Beliau meluahkan pendapat mengenai bahasa ibunda masyarakatnya yang semakin dilupakan oleh komunitinya sendiri dalam mengejar arus pembangunan.

Akibatnya, tidak ramai generasi kini daripada masyarakat setempatnya yang mahir menulis dan komunikasi dalam bahasa Semai.

“Kita mungkin akan ditempelak, dikatakan ketinggalan zaman dan ini amat sukar,” katanya yang juga mewakili Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS).

Oleh itu, Tamil Foundation Malaysia dengan kerjasama Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) dan beberapa NGO lain akan berkolaborasi menganjurkan Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa 2018.

Menurut Pengarah Program, Usharani Sarkunavalu, program tersebut diadakan dengan objektif untuk menekankan kepentingan bahasa ibunda dan pendidikan berbilang bangsa dalam masyarakat berbilang bangsa.

Bertempat di Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH), program tersebut akan melalui peringkat pertama karnival yang berlangsung pada 11 Februari dan berikutnya acara kemuncak pada 21 Februari.

Selama dua hari, antara aktiviti kebudayaan pelbagai kaum yang dijalankan termasuklah kaligrafi cina, kaligrafi khat, tenunan orang asli, congkak, batu seremban, choral speaking, pertandingan seni kolaj, pertandingan menulis esei dan lukisan.

Pertandingan lukisan dengan tajuk ‘Bahasa Saya Jati Diri Saya’ dibuka kepada pelajar peringkat sekolah rendah Tahap 1, 2 dan 3 manakala pertandingan esei dengan tajuk “Saya Bangga Dengan Bahasa Ibunda Saya” untuk pelajar tahap 4, 5 dan 6.

Kedua-dua karya tersebut perlu dihantar kepada pihak penganjur sebelum 14 Februari 2018.

Program ini dijangkakan akan mendapat penyertaan daripada sekolah pelbagai aliran bangsa supaya dapat menggalakkan interaksi antara kaum serta memupuk sifat saling menghormati.

Menariknya, dalam pertandingan seni kolaj, para peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah akan digabungkan dalam satu kumpulan yang berbilang bangsa.

Menyambut baik program ini, IKRAM menggalakkan sekolah-sekolah rangkaian IKRAM MUSLEH menghantar peserta daripada setiap sekolah.

“Kami menjangkakan 47 buah sekolah IKRAM MUSLEH akan menghantar peserta daripada sekolah masing-masing. Kami sasarkan seramai 100 peserta atau lebih,” kata wakil IKRAM, Ustaz Megat Mohamed Amin.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 03-2692 6533 atau 016-4944580, Cik Munieshaa, pegawai di pejabat Tamil Foundation Malaysia.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia