Jangan Salahkan Poster ‘Awek Shell’

Mohd Fadhli Othman dari Pertubuhan Ikram Malaysia berkata, namun isunya bukan penggunaan model wanita pada poster tersebut, tetapi yang lebih utama adalah cara rakyat Malaysia berfikir.

Katanya, apa yang berlaku sebenarnya adalah kesan daripada gejala anasir pornografi yang merujuk kepada apa sahaja dari tulisan, patung dan video yang boleh membangkitkan fikiran ke arah seks dan membangkitkan nafsu syahwat seseorang.

“Pornografi adalah satu ‘dadah’ yang sukar dilihat secara zahir pada diri penagih. Ia bertindak dalam cara fikir dan akan dizahirkan pada perlakuan. 

“Kesan yang paling ketara ialah penagih pornografi ini akan cuba melunaskan nafsu seksnya pada sesuatu yang dia rasa puas dan suka,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook ‘Mualim Mohd Fadhli’ pada Selasa.

Pada Isnin, keputusan Shell menarik balik semua papan poster berkenaan berkuat kuasa serta-merta susulan gambar-gambar menunjukkan beberapa lelaki bertindak tidak senonoh terhadap model wanita pada poster itu sehingga tular di media sosial.

Shell dalam satu kenyataan berkata, ia tidak akan membiarkan tindakan kurang sopan itu yang bertentangan dengan nilai teras syarikat dan budaya rakyat Malaysia.

Mohd Fadhli berkata, idea ketagihan pornografi kini bukan satu pilihan kerana berdasarkan realiti dan tinjauan ‘Goodbye Pornography’, kebanyakan belia mengenali pornografi secara tidak sengaja. 

Tambah Mohd Fadhli, ia menyebabkan minda belia terbabit tidak bersedia dan terus ditarik masuk ke dalam zon ketagihan.

“Hari ini rakyat Malaysia tidak menyalahkan model Shell tersebut, tetapi mempersoalkan perlakuan dan tingkah segelintir masyarakat yang kurang sopan seolah-olah kemaruk seks,” katanya yang merupakan sekretariat ‘Mothers Against Pornogtaphy’ (MAP) di bawah Pertubuhan Ikram Malaysia.

Mengenai penarikan balik poster berkenaan, beliau berkata, ia sekali gus menyampaikan mesej agar iklan yang menggunakan model wanita memerlukan garis panduan daripada pihak berwajib.

“Tak salah iklan atau penggunaan model wanita, tetapi saya berpendapat bahawa lokasi poster model perlu diletakkan di tempat lebih terbuka yang boleh dilihat semua orang seperti di pintu masuk premis, bukan terselindung di sebalik objek lain. 

“Jika boleh, elakkan membuat ukuran dan potongan yang hampir sama dengan orang sebenar. Sedangkan kasut pun boleh buat orang terangsang, apatah lagi patung,” katanya.

Bagaimana kata Mohd Fadhli, kesedaran terhadap pemikiran masyarakat daripada terpengaruh dengan pornografi masih menjadi keutamaan yang teratas.

“Jangan salahkan poster ‘gadis Shell’. Salahkan pemikiran mereka yang bertindak kurang sopan dan kita semua wajar mendidik mereka yang terpengaruh dengan pornografi,” katanya sambil menambah MAP menggerakkan kempen kesedaran mengenai keburukan pornografi di sekolah, institusi pengajian tinggi dan dalam kalangan masyarakat.

Sumber: mStar Online | Link: http://bit.ly/2sL8woX

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia