Jangan rakus mainkan sentimen perkauman

Sedari awal Malaysia ditubuhkan, Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj telah menekankan betapa pentingnya perpaduan.

 

Hal ini kerana keunikan Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan kaum, sikap toleransi dan bertolak ansur harus sentiasa menjadi keutamaan.

 

“Kita semua rakyat Malaysia. Inilah ikatan yang menyatukan. Marilah kita sentiasa ingat bahawa perpaduan adalah kekuatan asas kita sebagai rakyat dan negara,” masih segar kata-kata yang pernah dinukilkan oleh beliau pada 3 Jun 1957 ketika beliau baru pulang dari Kota London. 

 

Tidak dinafikan kata-kata ini masih relevan sehingga kini dan sewajarnya disematkan dalam jiwa rakyat Malaysia.

 

Mesej perpaduan malar segar

 

Jika mengimbau sejarah lampau, setiap perdana menteri tentunya akan hadir bersama mesej perpaduan. Perpaduan merupakan isu yang sentiasa relevan dan tidak lapuk dek zaman. Namun adakah mesej yang dibawa ini hanya sekadar retorik?

 

Tentunya rakyat Malaysia masih ingat dengan slogan Satu Malaysia yang dilaungkan oleh Mantan Perdana Menteri ke-6, Datuk Seri Najib Razak, juga tema Keluarga Malaysia yang dilaungkan oleh Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob ketika awal-awal menjadi perdana menteri.

 

Tidak terkecuali, idea sekolah wawasan diketengahkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad suatu ketika dahulu.

 

Semuanya dilihat indah di atas kertas. Namun realitinya hanya indah khabar dari rupa, tidak seperti yang digembar-gemburkan pihak atas sana.

 

Jika mesej-mesej yang dibawa tersebut dimaknai dengan tepat oleh rakyat dan tidak dipolitikkan oleh golongan politikus, pasti perpaduan, keamanan juga kesejahteraan sesama kaum itu dapat direalisasikan.

 

Bukan untuk dipolitikan

 

Ahli politik hari ini dilihat semakin rakus mempermainkan isu perkauman. Misi meraih undi dan simpati melalui isu kaum semakin menjadi-jadi.

 

Sekalian ahli politik diingatkan agar menghentikan sikap tidak rasional dan tidak matang mereka, memperjudikan isu perkauman semata-mata jawatan dan pangkat yang tiada berkesudahan.

 

Malangnya tidak ramai yang sedar akan ancaman ini. Lebih parah lagi, terdapat  juga segelintir rakyat yang menganggap senario yang sedang berlaku ini adalah senario biasa, sudah menjadi kebiasaan kata mereka.

 

Sungguh kasihan dengan mentaliti sebegini. Dalam dunia penuh kemodenan, masih lagi wujud rakyat yang punya mentaliti mundur begini. Lebih malang lagi, ahli politik terus mengambil kesempatan dengan senario yang terjadi tetapi tidak berusaha mengubahnya.

 

Masyarakat harus dididik

 

Rakyat hari ini harus dididik dengan ilmu dan nilai, bukan lagi persepsi. Rakyat Malaysia perlu bersedia mengkaji sesuatu isu dengan nilai yang sebenar serta harus belajar membezakan fakta dan auta.

 

Sebagaimana ciapan yang dibuat oleh mantan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik:

 

“Tiada bangsa dan negara yang bangkit tanpa masyarakat terdidik; tiada masyarakat yang terdidik tanpa budaya membaca: membaca adalah asas kemajuan sesuatu bangsa!’”

 

Beliau yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam turut menjadikan membaca sebagai amalan harian beliau dan menganjurkan kempen membaca khas buat penduduk di kawasannya iaitu Simpang Membaca.

 

Satu slogan yang biasa kita dengar, “Membaca Jambatan Ilmu.” Kini maklumat di hujung jari. Dengan hanya menaip di enjin carian Google, tentu akan keluar apa yang dicari.

 

Hakikatnya, apa yang perlu hanyalah sebuah telefon pintar dan Internet. Rata-rata rakyat negara Malaysia, hari ini sudah punya kedua-duanya.

 

Apabila rakyat dididik dan terdidik, mereka sudah pasti dapat mengenal nilai dalam sesuatu isu, serta tidak mudah ditipu oleh golongan yang hanya menginginkan harta kekayaan dunia sahaja.

 

Ahli politik, bekerjalah!

 

Politikus harus berhenti segera daripada menggunakan isu perkauman. Berkhidmatlah dengan telus untuk rakyat yang mengharapkan anda sebagai pemimpin. Sedarlah, bahawa anda dibayar untuk bekerja bukan bermain isu semata.

 

Kalau dulu kita bebas daripada persepsi buruk terhadap kaum lain, kenapa pada era modenisasi ini dilihat begitu mementingkan kaum daripada memaknai frasa bangsa Malaysia itu sendiri?

 

Selain itu, suka untuk diingatkan kepada ahli politik supaya tidak hanya dilihat turun padang ketika musim meraih undi sahaja, sebaliknya teruslah bekerja ketika anda sudah dipilih rakyat. Berjuanglah dalam memberi yang terbaik buat rakyat yang memilih anda.

 

Di samping itu, rakyat Malaysia juga perlulah terus memperjuangkan dan mengekalkan perpaduan yang ada bagi memelihara keharmonian dan kesejahteraan negara.

 

Janganlah terlalu mudah percaya terhadap sentimen perkauman yang dimainkan oleh ahli-ahli politik kita, sebaiknya kaji dan nilailah apa yang dikatakan dengan ilmu yang digali dan dicari.

 

Nur Zahanim Muhammad Zahir
Pegawai Advokasi
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia