Jangan Pernah Lupakan Perjuangan Palestin!

Saban hari, berbagai-bagai cerita dan peristiwa menerjah minda sedar kita. 

Daripada berita musibah kepada berita jenayah, daripada cerita ekonomi kepada hiburan sensasi, daripada riuh-rendah sukan kepada untung rugi perniagaan, maklumat kesihatan, inovasi produk dan berita peperangan, semuanya sampai ke mata dan telinga kita.

Walau apa pun kisahnya, janganlah sekali-kali luput daripada ingatan kita betapa susah dan seksanya saudara-saudara kita di Palestin.

Setiap detik mereka terpaksa menelan derita, berjuang bukan untuk hidup selesa tetapi sekadar untuk terus bernyawa. Mereka bukan sekadar diancam bom dan tembakan tentera Zionis laknatullah, bahkan lebih daripada itu. 

Mereka dihalau, dikepung, dipijak, ditendang dan dihina bagaikan bukan manusia. Trak-trak bantuan makanan dan perubatan yang cuba dihantar oleh dunia luar dihalang dengan begitu biadab oleh penduduk awam Yahudi. 

Mereka duduk di atas jalan raya menghalang pergerakan konvoi bantuan tersebut. Yang melakukan kerja jahat itu pula terdiri daripada semua peringkat – lelaki, perempuan, tua, muda bahkan kanak-kanak. 

Pernah satu ketika dahulu dua orang remaja perempuan Yahudi memuat naik dalam media sosial video mereka bermain dan bermewah dengan air. 

Bayangkan pada ketika itu bekalan air ke Gaza disekat dan diputuskan oleh Zionis bagi menyeksa penduduk Palestin dan dua remaja itu sengaja menyindir situasi tersebut.

Sokongan kita kepada Palestin bukan semata-mata disebabkan majoriti umat Palestin itu beragama Islam seperti kita. Ada juga dalam masyarakat di sana yang beragama Kristian, Druze, Syiah dan bahkan Yahudi. Tetapi kita membela nasib Palestin atas asas kemanusiaan. 

Tentera Zionis sudah lama hilang rasa perikemanusiaan itu. Jumlah penduduk Palestin yang mereka bunuh sejak 7 Oktober tahun lalu (tarikh tercetusnya perang Hamas-Israel) telah melebihi angka 30,000 orang.

Sasaran serangan mereka yang utama bukan mujahidin Hamas tetapi penduduk awam Palestin.

Majoriti yang terkorban pula terdiri daripada kanak-kanak dan wanita. Zionis Israel sebenarnya gagal melumpuhkan Hamas kecuali sedikit, walaupun mereka mengumumkan kononnya menempa kejayaan besar. 

Apa sahaja yang tidak dimusnahkan oleh tentera Israel? Mereka telah mengebom rumah, masjid, hospital dan sekolah yang mereka sendiri isytiharkan kawasan selamat. 

Hospital dan sekolah yang menjadi tempat perlindungan pelarian perang pun mereka bom. Mereka memaksa penduduk di utara Gaza berpindah ke selatan sehingga ke Rafah. Bagaimanapun, Rafah kini menjadi kawasan yang tidak lagi selamat kerana sering diserang.

Minggu lepas, ratusan warga Palestin syahid apabila ditembak tentera Zionis ketika mereka sedang bersesak-sesak mendapatkan bekalan makanan.

Ada antara mereka yang tercedera dan telah meninggal dunia dilenyek pula oleh kereta kebal Israel sehingga hancur!!! Manusia apakah ini yang sanggup melakukan kekejaman seperti itu?

Lebih menyedihkan apabila kezaliman yang terang-terangan begitu masih tidak diendahkan oleh dunia. Bangunlah! Sekurang-kurangnya kita tidak duduk diam. 

Sekurang-kurangnya kita berdoa untuk Palestin. Sekurang-kurangnya kita  memboikot produk syarikat-syarikat Israel dan Amerika Syarikat yang disenaraikan sebagai entiti yang menyokong tentera Zionis secara langsung. 

Atau sekurang-kurangnya kita menyertai aktiviti-aktiviti yang menyokong perjuangan Palestin seperti Himpunan Mega Bersama Rakyat Palestin di Kuala Lumpur pada Sabtu, 2 Mac lepas yang mendesak agar genosid dihentikan dan gencatan senjata dilaksanakan sekarang.

Lupa akan perjuangan Palestin? Insya-Allah, tidak sama sekali!

Kalam Editor

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia