Jangan Normalisasi Kes Rogol, Gangguan Seksual

Jangan Normalisasi Kes Rogol, Gangguan Seksual | IKRAM

Isu penderaan, pengabaian dan eksploitasi kanak-kanak sering menjadi tajuk-tajuk yang memenuhi dada akhbar tempatan saban hari. Pelbagai bentuk penderaan dan pengabaian kanak-kanak telah dilaporkan.

Sewajarnya setiap ahli masyarakat cakna dengan isu ini dan mengambil berat akan keselamatan kanak-kanak kerana mereka merupakan aset besar negara pada masa hadapan.

Menurut Akta Kanak-KanakĀ  2001, kanak-kanak didefinisikan sebagai seseorang yang di bawah umur 18 tahun.

Setiap anggota masyarakat seharusnya mengiktiraf bahawa seseorang kanak-kanak bukan sahaja merupakan suatu bahagian penting masyarakat, namun mereka juga merupakan kunci kehidupan, pembangunan dan kemakmuran masyarakat.

Hari ini, penderaan seksual kepada kanak-kanak antara yang hangat dibincangkan.
Statistik juga menunjukkan 35 peratus daripada kes penderaan kanak-kanak Malaysia yang dilaporkan melibatkan jenayah seksual seperti yang dilaporkan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff.

Beliau turut menjelaskan bahawa 1,373 kes daripada keseluruhan 3,875 kes yang dilaporkan sehingga September 2020 merupakan kes yang melibatkan jenayah seksual.

Baru-baru ini, satu kes melibatkan seorang pendakwah bebas ditahan kerana disyaki merogol seorang kanak-kanak di bawah umur telah mendapat liputan akhbar.

Ekoran daripada itu, seorang warga maya mempertikaikan penahanan pendakwah bebas itu kerana menyifatkan bahawa kes ini melibatkan perasaan suka sama suka antara kedua-dua belah pihak.

Reaksi seorang warga maya ini yang juga merupakan pengerusi sebuah pusat tahfiz mendapat pelbagai reaksi netizen.

Jangan Normalisasi Kes Rogol

Seharusnya, orang yang mempunyai pengaruh seperti itu tidak cuba menormalisasikan isu ini kepada masyarakat tanpa merujuk dahulu Akta Kanak-Kanak 2001.

Akta itu menyebut bahawa seseorang kanak-kanak teraniaya dari segi seks, jika dia mengambil bahagian sama ada sebagai peserta atau pemerhati, dalam apa-apa aktiviti yang berunsur seks bagi apa-apa maksud atau eksploitasi seks oleh mana-mana orang bagi memuaskan nafsu seks orang itu atau orang lain.

Oleh kerana ketidakmatangan dari segi fizikal, mental dan emosi, kanak-kanak sepatutnya diberikan perlindungan dan bantuan agar mereka dapat dipandu untuk membuat keputusan yang benar, bukan dipergunakan serta dieksploitasikan mengikut nafsu orang dewasa sewenang-wenangnya.

Sebagai seorang yang mempunyai nama dalam masyarakat, tidak sepatutnya cuba menjadikan isu sebegini sebagai jenaka di media sosial. Tiada isu suka sama suka apabila melibatkan kanak-kanak bawah umur.

Mengikut seksyen 375(g), Kanun Keseksaan (Akta 574), jika mangsa berumur di bawah 16 tahun, maka ia diklasifikasikan sebagai jenayah statutory rape (rogol berkanun).

Ini bermaksud, sama ada mangsa rela atau tidak, kerelaan itu tidak relevan, kesalahan rogol tetap berlaku.

Walaupun sepasang kekasih bercinta dan melakukan hubungan atas dasar suka sama suka, apabila dibuktikan bahawa perempuan itu masih berumur bawah 16 tahun, maka ia tetap menjadi kesalahan jenayah rogol.

Victimā€™s Blaming Bukan Kebiasaan

Usah dibiasakan dengan budaya victimā€™s blaming (tingkah laku menyalahkan mangsa) terutamanya melibatkan kanak-kanak di bawah umur.

Jika perkara sebegini berlarutan, ia akan menyebabkan mangsa berasa takut untuk membuat aduan pada masa akan datang, tambahan pula apabila melibatkan pemangsa yang dikenali serta disegani ramai.

Seharusnya nasib setiap mangsa dibela dan diberi peluang untuk setiap kes disiasat dengan adil. Punca kepada permasalahan ini seharusnya dikenal pasti dan diberikan intervensi yang sewajarnya.

Menurut seorang ahli psikologi, William Ryan dalam bukunya yang berjudul ā€œBlaming The Victimā€ pada 1971 menyatakan bahawa victimā€™s blaming merupakan suatu bentuk penindasan.

Ia juga boleh diklasifikasikan sebagai tindakan untuk mengalih perhatian umum daripada masalah sebenar di mana mangsa turut dikaitkan dengan kesalahan yang dilakukan oleh pemangsa.

Oleh itu, kita tidak mahu kes-kes seperti ini dengan sengaja ā€˜disembunyikan di bawah tikarā€™ hanya kerana takut kepada kritikan masyarakat.

Dalam dunia yang semakin maju, jangan sampai budaya kita pula mengundur ke belakang. Beranilah kerana benar dan berusahalah untuk menegakkan kebenaran.

Dengan membuat laporan terhadap jenayah yang berlaku, kita dapat melihat dengan jelas angka kes yang tepat serta betapa teruknya masalah yang berlaku dalam masyarakat kita sekarang.

Sexual Grooming Dan Gangguan Seksual

Antara lain yang perlu diberikan pendidikan kepada masyarakat adalah berkaitan sexual grooming (amang atau antunan seksual). Menurut Dr. Rozanizam Zakaria, pakar psikiatri Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), terdapat enam peringkat sexual grooming iaitu:Ā 

1. Mendapatkan sasaran dengan mencari mangsa yang fragile (rapuh) emosinya.Ā 

2. Mendapatkan kepercayaan dengan cara menunjukkan sifat atau reputasi yang baik kepada mangsa. Contoh sebagai orang yang baik, alim dan sering menghulurkan bantuan.Ā 

3. Mengisi keperluan mangsa. Pemangsa akan memenuhi keperluan mangsa sama ada dalam bentuk kebendaan atau keperluan emosi mangsa.Ā 

4. Mengasingkan mangsa dengan mengajar mangsa untuk berahsia setiap yang berlaku kepada diri mereka.

5. Perilaku seksual. Ketika ini, pemangsa mula menunjukkan sifat sebenar dengan melakukan gangguan seksual kepada mangsa.Ā Ā 

6. Kekalkan penguasaan ke atas mangsa melalui ugutan untuk menakut-nakutkan mangsa.Ā 

Jangan biarkan perkara seperti ini berlarutan dalam budaya masyarakat kita. Kebanyakan kanak-kanak tidak tahu bahawa mereka sedang diantun. Jangan pernah memandang remeh kepada cerita-cerita anak-anak kita.

Ambillah kesempatan untuk menyelidik dan mencari kebenaran hatta melibatkan orang yang dipercayai dan dihormati sekalipun. Jadilah orang tua yang prihatin.

Amat penting untuk anak-anak tahu bahawa anda sentiasa ada untuk mendengar dan menyokong mereka. Ciptalah ruang selamat untuk mereka bercerita tanpa mereka takut untuk diadili.

Roselinee Mohammad Radzi
Setiausaha Wanita IKRAM Selangor

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia