Jangan mencela makanan ketika berkunjung raya

Jangan Mencela Makanan Ketika Berkunjung

Setelah hampir dua tahun kita beraya dalam pandemik, kini kita mampu bernafas lega apabila kerajaan mengumumkan hari raya boleh disambut dengan tetap mematuhi SOP semasa ziarah menziarah.

Pada bulan Syawal, adat kunjung mengunjung masih terus diamalkan oleh sebahagian umat Islam. Seluruh kaum Muslim berpeluang menikmati juadah pelbagai rasa, ada ketupat, lemang, rendang dan bermacam-macam lagi makanan yang dapat membuka selera.

Dalam kita menikmati makanan yang disediakan oleh tuan rumah, barangkali ada hidangan yang sangat sedap dan membuatkan nasi bertambah-tambah.

Namun begitu, barangkali ada makanan yang membuatkan lidah kita pahit ataupun tidak menarik dan menimbulkan tafsiran pada pandangan kita seperti tidak tahu memasak dan sebagainya.

Adab tetamu ke rumah yang dikunjungi bukan cuma perlu diterapkan pada hari kebiasaan kita sahaja, tetapi juga ketika kita sedang menyambut perayaan pada hari lebaran misalnya.

Saat kita merasai makanan tersebut tidak menepati cita rasa, terdapat petunjuk yang boleh kita lakukan tanpa perlu mengeji dan mengejek sebagaimana dalam satu hadis Nabi SAW. 

Daripada Abu Hurairah RA dia berkata:

مَا عَابَ النَّبِىُّ صلى الله عليه وسلم طَعَامًا قَطُّ ، إِنِ اشْتَهَاهُ أَكَلَهُ ، وَإِنْ كَرِهَهُ تَرَكَهُ

“Tidaklah Nabi SAW mencela suatu makanan sedikit pun. Seandainya baginda menyukainya, baginda memakannya. Jika tidak menyukainya, baginda meninggalkannya (tidak memakannya).” [HR Bukhari, No. 5409 dan Muslim, No. 2064]

Hadis ini memberikan jalan mengikut tindakan Rasulullah SAW ketika menjamah sesuatu makanan yang baginda sendiri tidak menyukainya. Berdasarkan hadis ini, perbuatan Nabi SAW menunjukkan contoh kepada kita bahawa ketika mendapati makanan tersebut kurang menyenangkan antara adab yang boleh diamalkan ialah:

  1. Tidak sesekali cuba untuk mencela makanan.
  2. Menikmatinya sekiranya menyukai makanan yang dihidangkan.
  3. Meninggalkan pula sekiranya tidak menyukainya.

Seorang Muslim tidak sepatutnya mengatakan sesuatu yang tidak elok lebih-lebih lagi kepada tuan rumah yang telah berhempas pulas menyiapkan makanan seharian suntuk.

Mungkin, mereka yang memasak merasakan bahawa masakan tersebut sudah cukup melazatkan. Ditambah pula, jikalau makanan tradisi yang beraneka rasa dan bentuknya, raikan kelainan yang mereka sediakan pada hari raya sebagai tanda budaya setiap bangsa juga tidak seharusnya ditinggalkan asalkan ia halal dan boleh dimakan.

Pernah suatu ketika baginda dihidangkan dab sejenis biawak reptilia yang hidup di padang pasir. Lantas baginda tidak meneruskan untuk menjamahnya. Alasan berikut, kerana dab ialah sejenis haiwan yang jarang dijumpai di kawasan baginda dan Rasulullah SAW sedikit pun tidak menghinanya.

Daripada Khalid bin al-Walid RA bahawa beliau pernah masuk bersama Rasulullah SAW ke rumah Maimunah. Di sana mereka dihidangkan dab yang dibakar. Rasulullah SAW berkehendak untuk mengambilnya. Sebahagian wanita berkata, “Beritahulah kepada Rasulullah tentang daging yang hendak baginda makan.”

Lalu mereka pun berkata, “Wahai Rasulullah, ini adalah daging dab.” Serta-merta Rasulullah mengangkat tangannya. Aku bertanya, Apakah daging ini haram hai Rasulullah? Baginda menjawab, “Tidak, hanya saja haiwan ini tidak ada di kampung kaumku sehingga aku pun tidak menyukainya. Khalid berkata, kemudian aku mengambil dan memakannya sedangkan Rasulullah sedang melihatnya.” [HR Bukhari, No. 5537 dan Muslim, No. 1946]

Jikalau kita hendak memberi teguran, berilah teguran yang boleh membantu memperbaiki masakan yang dimasak tanpa melukakan hati Tuan rumah yang mengundang.

Jadilah kita hamba yang bersyukur dan bersederhana dalam hal pemakanan yang termasuk dalam soal rezeki yang Allah Taala limpahkan sebagaimana Rasulullah SAW sendiri tetap memuji ketika hanya cuka yang mampu dihidangkan kepada baginda.

Sabda Rasulullah SAW:

نِعْمَ الأُدُمُ الْخَلُّ نِعْمَ الأُدُمُ الْخَلُّ

“Sebaik-baik lauk adalah cuka, sebaik-baik lauk adalah cuka.” [HR Muslim, No. 2052]

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia