Jangan Hina Agama, Hormati Perlembagaan

Jangan Hina Agama, Hormati Perlembagaan | IKRAM

Assalamualaikum wbt.

Ahli-ahli IKRAM dan pembaca budiman,

Alhamdulillah. Kita sangat bersyukur kerana diberi petunjuk dan hidayah oleh Allah untuk menikmati anugerah Islam sebagai cara hidup kita.

Nikmat ini hanya boleh dirasai oleh mereka yang telah merasainya. Sepertimana nikmat kenyang hanya boleh dirasai oleh mereka yang telah merasai makanan.

Jiwa kita merdeka. Hidup kita bebas daripada segala ikatan melainkan satu. Itulah ikatan agama yang memandu cara kita berfikir, bertindak dan bergaul dengan orang lain.

Ikatan inilah yang menyelamatkan kita daripada terkapai-kapai sehingga membahayakan diri, ibarat layang-layang yang putus talinya.

Maka semestinya kita berasa sedih dan marah jika ada pihak yang mempersendakan anugerah Allah buat kita ini.

Ahli-ahli IKRAM dan pembaca budiman,

Kita mengutuk sebarang tindakan provokasi atau menghina agama Islam. Kita juga mengutuk sebarang tindakan provokasi atau menghina terhadap mana-mana agama atau kaum di negara ini, tidak kira jika ia datang daripada umat Islam sendiri atau penganut agama lain.

Namun, kita seharusnya tidak mengambil sebarang tindakan di luar batasan undang-undang. Sebaliknya, kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan berdasarkan lunas undang-undang negara.

Kita menyeru pihak berkuasa untuk mengambil tindakan yang adil dan tegas buat pencetus provokasi agama dan perkauman. Kita doakan juga semoga pihak berkuasa diberi hikmah dan kebijaksanaan dalam menegakkan kebenaran dan kesaksamaan.

Ahli-ahli IKRAM dan pembaca budiman,

Rentetan daripada beberapa insiden mutakhir ini, marilah kita bersama sebagai rakyat Malaysia, berusaha mengekalkan perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini.

Kita seharusnya saling menghormati, bertolak ansur dan menjaga sensitiviti agama dan kaum. Ini amatlah penting, agar kita dapat melahirkan masyarakat yang progresif, maju dan makmur.

Hubungan etnik dan penganut agama yang harmoni adalah ciri negara yang kita telah bina semenjak kemerdekaan negara ini, dan perlulah terus dipupuk. Ciri ini juga adalah sebahagian daripada ciri-ciri Negara Rahmah yang didukung oleh IKRAM.

Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita semua.

Salam ikhlas,

Hj Badlishah Sham Baharin
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia